Saturday, September 8, 2007

6th Wedding Anniversary

Salam all..

Bagi yg tak ingat..hehe..Kak Ila n Abg Long hari ni celebrate our 6th wedding anniversary on the same day as our wedding day (sabtu). Alhamdulillah Allah melimpahkan rahmat dan barokahNya pada rumahtangga kami dengan support yg sungguh jitu dari ahli keluarga yg lain. Yang paling penting kami masih thabat (tetap) di atas jalan dakwah warisan anbiya' ini dan semoga akan ditetapkan hati kami seluruh keluarga untuk terusan meniti jalan ini hingga ke ahir hayat.

Seperti yang dijelaskan oleh Fathi Yakan dalam bukunya yang kita semua sudah khatam insyAllah (wadah dah ke?..hmmm), 'Apa ertinya saya menganut Islam', sebagai seorang muslim, kita mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan masyarakat Islam dan menyampaikan Islam kepada masyarakat. Ini merupakan tabiat agama Islam. Oleh itu, sangat kritikal untuk kita membentuk sebuah rumahtangga muslim memandangkan keluarga adalah unit asas kepada masyarakat. Dengan menyampaikan Islam kepada keluarga kita dan seterusnya saudara-mara yang lain sepeti yang telah dilakukan oleh ar-Rasul s.a.w ia akan menjadi mangkin kepada usaha dakwah kita. Di samping itu menghasilkan sistem sokongan yang ampuh dalam memastikan kita terus ke hadapan dalam memenuhi tuntutan syahadah kita.

"Perkahwinan mestilah kerana Allah, yakni dengn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, untuk melahirkan keturunan yang soleh, keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah itu akan berterusan"
- Fathi Yakan

Melaksanakan perkahwinan mengikut apa yang telah ditunjukkan Islam (tujuan, pemilihan jodoh etc.)merupakan asas penting dalam mejamin terlaksananya tarbiyah Islam pada anak-anak.

Coretan ini untuk kak ila dan abg long refresh kembali dan mantapkan lagi asas serta hala tuju perkahwinan kami. Hopefully, dapat juga jadi panduan bagi yg belum dan nak kahwin (abg ke?..umar, wadah dan lain2) serta yg dah kahwin untuk sama2 kita refleks semula...

"hai orang2 yg beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu...." (At-Tahrim:6)

"Ya tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yg bertaqwa.." (Al-Furqaan:74)

Saturday, September 1, 2007

Sense Of Urgency

Salam,

Umi nak ajak kita semua untuk cuba apa yang baba sebut sebelum ni. Umi nak sentuh satu aspek saja dari apa yang dikatakan "what we are/do while achieving the goal/s.
That is sense of urgency in everything that we want to do. Lawan sense of urgency ni rasa umi "proscrastination"-selagi boleh tangguh kita nak tangguh. Ini kelemahan besar kita. So from now on kita kena improve our sence of urgency. Kita kena rasa setiap tindakan tu penting dan memerlukan tindakan segera. Kita koreksi diri kita masing-masing dn tengoklah sendiri sejauh mana setiap kita kena improve in this matter. Umi rasa ini adalah antara kunci kejayaan. Kita tak boleh 'cool" sepanjang masa. Dalam Islam semua sifat tu bagus cuma ia mestilah diletakkan di tempatnya.
Kita kena marah bila patut marah, kita kena sabar bila patut sabar, and so on. But in almost all good intentions we need sense of urgency to make it happen. Umi tak sempat nak rujuk ayat quran or hadith.kalau sempat nanti umi masukkan later.tapi sape jumpa dulu tolong masukkanlah ya.

Umi rasa tu dulu. Sama-samalah kita menjadikan hari kita yang seterusnya lebih baik setiap hari. Selagi Allah masih meminjamkan pada kita umur kita.

salam sayang,
ummi

Tuesday, August 28, 2007

Salam

baba ada ide nak share ni... sbb baba pun lomah oik.. kita pakat2 buat.
It is about goal setting.
Biasanya kita set goal sbb nak achieve sesuatukan? Cuba kita fikirkan goal setting sebagai wasilah membina diri. How?
Sebenarnya menetap gol akan menyebabkan kita usaha mencapainya. So, dalam perjalanan mencapainya tentu kita kena tukar habits, displin diri, dsbnya... Itulah sebenarnya membina jati diri.
It is not achieving the goal, but what we become while achieving the goal. Kita akan berubah kerana cuba mencapai gol itu. Perubahan ini lebih berharga dari gol itu.
jadi kita kena set gol jangka panjang untuk mampu mengatasi halangan jangka pendek. Hasilnya nanti kita akan menjadi seorang yang lebih baik, insyaAllah. Peringatan, jangan set gol mudah.. we won't become much la...

Salam sayang
Baba

Saturday, August 25, 2007

Setelah Sekian Lamanya....

Assalamuaalaikum w.b.t,

Untuk pertama kalinya kak anim menulis dalam blog ni....sebagai permulaan takde specific agenda lagi untuk dicoretkan.Sekadar bertujuan untuk menjelmakan diri dalam blog family kita and take part. Masih belum ada ilham yang datang....kena bertapa dulu,kuang kuang kuang!!!!
Apa pun semoga semua kita terus bersemangat meneruskan tugas sebagai hamba Allah dan dai . Kenal pasti apa cabaran dan mehnah yang boleh menjadi fitnah dakwah kita dan cuba atasinya dengan penuh hikmah dan sabar.
Sekian dulu...wassalam

Wednesday, August 22, 2007

Simple Theory About Success

Salam,
Ni umi nak share sikit sesuatu yg menarik perhatian umi masa baca novel'Ketika Cinta Bertasbih'.
Umi suka sebab ia simple dan sape-sape pun boleh faham. umi suka sesuatu yang simple dan mudah dipraktikkan!
Tadi umi share dengan murid Tahun 6 masa kelas tambahan musim cuti.Tengok ada di kalangan murid-murid ni yang tak serious sampai sekarang.So umi selitlah sikit pasal theori ni.

The theory is"The formula for success is simple,practise and concentration then to be more successful, more practice and more concentration". Simple kan? For us moslems concentration is more than normal concentration. Concentration is related to learning by heart because you have certain aim in life. It is of course to fulfill your role in life given by Allah SWT.

1. Untuk mengabdikan diri/menyembah kepada Allah. Firman Allah dalam surah Adz-dzaariyaat:56 yang bermaksud;
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku"

2. Untuk menjadi khalifah Allah kerana kita adalah pembantu para rasul dalam menyampaikan dakwah(dari buku Dasar-dasar Ilmu Dakwah-Abdul Karim Zaidan). Firman Allah dalam surah Ali Imran: 110 yang bermaksud;
'Adalah kamu sebaik-baik umat, yang dillahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh mengerjakan kebajikan dan melarang memperbuat kejahatan"

Ungkapan sebaik-baik ummat itu mengikut Dr Danial dalam buku "7 Formula Insan Cemerlang" is that you must be the best! Trying your best and doing it to your best capabilities!(ini umi kata ya- bukunya belum ada...)

Bertitik tolak dari peranan inilah, kejayaan dalam pelajaran secara khususnya perlu kita raih! Ia adalah alat untuk kita menjalankan tanggungjawab kita dengan baik. Agar dakwah kita mudah diterima apart from other criterias yang umi tak berhajat untuk menyebutnya di sini.

Akhir sekali, sikit homework ya untuk yang belum menghafal kedua-dua ayat tadi. Hafal ayat dan maknanya sekali dan gunalah dalam usrah untuk memastikan kita tak lupa. Agar bila kita nak guna ayat ni nanti ianya dah ada dalam kepala kita.

SELAMAT MENGHAFAZ!

ummi

Thursday, August 16, 2007

Mohonlah Pertolongan Pada Allah dengan Solat dan Membaca Alquran

Salam,
Sunyi jap blog ni. Agaknya excited tengok posting Mar yg latest ni. Tadi umi ada sembang dengan m firuz. Dalam sembang tu umi dapat satu kesimpulan/pesanan dari m firuz untuk kita semua. He is like a family to us.
Dalam kita minta pertolongan Allah dalam apa jua permasalahan, kita mintalah dengan solat dan membaca Alquran. Pastu satu lagi dia kata, ada pendapat yang mengatakan boleh juga dengan banyakkan membaca hadith terutama Sahih Bukhari. Its like apa yang baba dan ummi biasa cakaplah. Kita dekatkan hubungan kita dengan Allah dan secara khususnya dengan solat dan membaca Alquran. Tahajjud tu yang kita nak perkemaskan dan jadikan amalan supaya kita rasa tak seronok kalau kita tak buat. Boleh kan kita usahakan?
Dan hadith Sahih Bukhari ada satu set dalam library kita tu. Jom kita pakat baca. Itu mahar perkahwinan umi tu. Barulah bermakna Sahih Bukhari tu.Bukan baca untuk tujuan itu saja tapi juga untuk menambah ilmu dan amal kita.
Satu lagi cadangan m firuz, kita create tema bulanan untuk blog kita. Contohnya bulan ni tema kita ialah bila kita jumpa orang yang kita kenal, kita yang mesti senyum dulu dan bertanya khabar sambil bersalam. We make the first appraoach. Mudah-mudahan ia akan menjadi habit kita. So ada cadangan apa tema kita untuk bulan ni? Masih ada 2 minggu lebih kurang.
Ok tu dulu. Harap dapat input dari semua.

ummi

Saturday, August 11, 2007

Berjihad...

Seperti mana firman Allah..wadah pon tak ingat sangat..yg wadah tahu firman tuh..tiangnya adalah solat dan jihad di puncaknya...Jihad ni bukan sahaja berperang malah belajar,meninggalkan ibu bapa dan sebagainya...Kita sanggup berkorban untuk mendapat keredhaan Allah...wadah tak pandai bahasa melayu sangat so wadah tak terangkan banyak2...hehe...selama
ini nasyid asyik jiwang jer..slow jer...takder dah lagu2 jihad..tapi ade satu wadah dapat dan ianya lagu semangat or rancaklah katakan...erm...ni wadah letak...tak tahu jadi ke tak....hehe





Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA

Thursday, August 9, 2007

Tuesday, August 7, 2007

Sunatullah

Agent : 'Umar Abdul Aziz @ The Third
Mission : Intifada I
Vission : Islam as Ustaziatul Alam

Mission briefing :

Firman Allah S.W.T.,
"Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka mereka pun (pd perang Badar) mendapat luka yg serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran), dan agar Allah membedakan org2 yg beriman (dgn org2 kafir) dan agar sebahagian dr kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai org2 yg zalim"
(surah ali imran : ayat 140)

Assalamualaikum..

alhamdulillah,marilah kiter sume merafa'kan setinggi2 kesyukuran kpd Allah S.W.T. yg Maha Besar,Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dulu,kini dan selamanya.Selawat dan salam IKHLAS ke atas junjungan besar kiter,Nabi Muhammad S.A.W. dan ahli keluarga baginda.Tidak dilupakan jg salam kpd para sahabat baginda yg telah memperjuangkan islam sehingga menjadi ustaziatul alam pd beratus tahun dahulu,yg kiter pd hari ini masih lagi di takuk lame dan tidak berganjak! renung2 kan lah.

Melihat pd ayat itu tadi,'umar ingin menukilkan sedikit ttg implikasi ayat ini terhadap diri 'umar.Secare ringkasnye ayat ini menyatakan bahawa sudah menjadi aturan Allah yg menetapkan bahawe ade jatuh bangun dlm kehidupan ni.Camtu lah jgk kisah 'Umar.Kl dahulunyer 'umar amat pakar dlm bidang math dari darjah 1 sampai f3,kemudiannya nikmat ketereran mar tu telah ditarik drpd Allah sehingga lah ke satu mase mar diberikan balik nikmat tersebut oleh Allah.Alhamdulillah,mar dpt gak capai target mar utk math iaitu C+ dr F.Mungkin pencapaian ni tidak seberape,tp ia ckp bmakne bagi mar.Mgkn disinilah teraplikasinya "agar kamu mendapat pelajaran" tu.Dari ayat di atas juge lah mar sedar bahwe mar tlh menzalimi diri mar,lantas menyebabkn diri mar jatuh.Biler kiter belaku zalim,Allah tidak akan meredhai diri kiter dan seterusnyer Allah akan menarik kembali nikmat yg tlh diberikan pd kiter.Bg yg beriman,kiter akan sedar serta belajar darinye,tp bagi org yg kafir,mereka akan menyalahkan tuhan di atas segala musibah yg melanda.Begitu juga yg berlaku dgn umat ni.Kiter telah menzalimi diri kiter dgn mengejar segala rona dunia yg merosakkan akidah islamiyah kiter.Kiter bergaduh sesamer muslim,tidak bersatu walaupun berada dlm jemaah,ape tah lagi mempertahankn saudarer kiter yg dizalimi.Sebab itu la kiter shg kini masih lagi jatuh dan tidak bangkit.Seharusnye ktier belajar dari kesilapan org2 terdahulu dan bangkit,bak kater Alfred kepada Bruce Wayne "why do we fall? Because we have to learn to pick ourselves up"-Batman begins-.Di sini mar nak letak satu lirik yg menjadi azimat buat mar,

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus kupertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
Pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah kau cuba untuk mengerti
Artis : Mestica
Mesejnyer cukup jelas dari lirik ini,sangat direct, dan sebenarnyer itu la pe yg mar rasa dan alami.Harap ayat tadi serta nasyid ini dpt menjadi azimat kiter utk terus berjuang di jalan dakwah yg cabarannyer merupakan raja segala cabaran di dunia ini.Salam sayang mar pd Umi,Baba n da whole family! Sekian,wassalam..Nantikan Intifada II! ~senyum sokmo~

Monday, August 6, 2007

Pemergianmu(Rasulullah)

(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertemu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu

by: Inteam

Assalammualaikum

sudah lame rasenye tak post ngepost...bwahahah....besa2....umi yg tgh semangat lain mane?liao dah ke

ni abg ade letak lirik nasyid ni...utk same2 kite renungkan..lepas ulang2 kali abg dgr nasyid...abg rase amat sedih dan sebak...teringat sewaktu kewafatan rasulullah....spt mane digambarkan dlm nasyid ni..kalo kome dgr byk2 kali pasti akn nangis...serius tak tipu..cuba dgr dgn hati...

seketika dgr...abg terus ingat akn segala pengorbanan Rasulullah Muhammad terhadap kite umat baginda yg amat beliau syg lebih dr diri dia......nasyid ni buat abg teringat akn saat2 rasulullah nak wafat di mana...ketika nyawa baginda ditarik malaikat maut di mana Nabi menyebut "Umati...Umati...Umati"dgn penuh riso dan syg....ketika baginda berdialog dgn malaikat...di mana "betapa sakitnya bila roh ditarik..dan ketika itu nabi meminta supaya biar la dia yg rase segala kesakitannya dan agar malaikat jgn biarkan umatnya merasai sakit ditarik roh spt mane yg baginda.."sebak2....betapa sygnya baginda kat kita.....

kita perlu la bersyukur kerana ade nabi yg begitu sygkan kita.....abg juga teringat 1 kisah di mana ketika miqdad aswad ditemui sorang hamba yg berkata betapa lucky dia dpt beriman pd zaman nabi sbb nampak nabi....selepas tu miqdad terus memarahi hamba itu mengatakan betapa beruntungnya lg dia krn beriman sedangkan ramai yg tidak beriman walaupun nabi berada di depan mata........sini kita dpt lihat yg kata2 miqdad ni sbnrnya juga ditujukan kpd kita yg jika ade ragu2 dlm beriman dgn Allah dah rasulNya......

Di akhir2 nasyid tu dia ade kate kita merindui mu.....dr sini bg abg...cara kita tunjuk yg kita rindu akn nabi kita ye lah dgn menyampaikan ajaran baginda kpd semua umat manusia tak kira di mana kita berada.....jgnlah kita melafazkan kate2 rindu dan cinta kita kpd baginda jika kita tidak melaksanakan ape yg abg tuls......sbb takut kita akn tertipu dgn hati kita sendiri dan menjadi sorang yg hipokrit....sbb ape....spt kita melayu dpt melihat p ramlee di sukai dan bermcm2 event buat sempena mengingati dia.....jd apetah lg nabi muhammad saw.....

jd same2 la kita renung nasyid ni dgn hati kita agar kita dpt isi tersirat dr nasyid ni...jd moh kita dgr...hehehe:D

itu je dr abg buat mase ini....till next time...i'll be back!

bwahahah

Friday, August 3, 2007

Usaha Tngkatkan Tilawah

Salam,
Alhamdulillah meriah rasanya blog ni bila baba pun dah contribute. Umi masih lagi tunggu dari anim,abg ngah dan umar.
Pagi tadi ummi baru balik dari program qiam Tahun 6. Melihat gelagat anak-anak itu sepanjang program, timbul beberapa persoalan dalam diri ummi. Mereka ni sangat aktif ,takleh duduk diam dan takleh diam walaupun diingatkan berulangkali. Kalau ikutkan bahan yang disampaikan tu dah banyak slide show! Bila ditanya soalan, tanpa segan silu dan risau mereka memberikan jawapan yang negatif tentang diri mereka. Ummi dapat dengar ada yang berkata "berterus terang!". Yang ummi dengar tu dari pelajar perempuan.Dalam hati ummi, "berani betul budak-budak ni" dan terasa risau di hati, "nape ya?" Kenalah cari jalan untuk memperbaiki keadaan ini. Ada cadangan?

Pertama,ummi harap anak-anak ummi tidak tergolong dalam "kumpulan" yang macam ni (bukan semua begitu) esp wadah. Sebab wadah tengah meningkat dewasa. Wadah kena ada prinsip dan jati diri. Biarlah orang lain buat, kita jangan sekali-sekali ikut atau bersubahat dalam apa jua perkara yang tidak baik. Buat dan bersubahat tu sama sahaja. Sepatutnya kita mainkan peranan kita mengingati kawan-kawan. ADDEENUNNASIHAH - agama itu nasihat. Jadi, kenalah praktikkan. Lagipun hampir setiap hari kita baca suratul 'asr-berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Para sahabah dahulu bila dengar arahan dari Al-quran ,terus amalkan. Kita kena cuba untuk sentiasa berpegang dengan Al-quran,yakni mngamalkannya.

Ummi baru bincang dalam usrah guru, Al-quran itu mukjizat(ini semua orang tahu). dan antara mukjizat dari al-quran itu pula ialah ia mengesani jiwa manusia.
Ketika membacanya kita akan merasai kesan yang besar dan kita akan merasai bahawa yang berkata-kata itu adalah Allah Subhanahu Wataala.
Rasa tenang timbul bila kita baca al-quran. Sebab itu kita kena hidupkan suasana untuk sentiasa bertilawah. Kena ada target berapa lama sekali nak khatam. Tu baru baca ,belum lagi kita mentadabbur maksud ayat. Kesannya lagi besar untuk diri kita. Rasa takut akan azab Allah akan timbul- dan amal kita akan lebih terpelihara.(Lihat surah Az-zumar ayat 23)
Sebenarnya ummi pun nak beri semangat kepada diri ummi untuk pertingkatkan lagi tilawah ni. Kita kena sama-sama hidupkan suasana ini. Mungkin kita boleh set target sama-sama!

Ni tinggal ummi dan wadah sahaja. Jadi ambillah kesempatan untuk menulis dan share sedikit apa yg baru dibincang dalam usrah. Mudah-mudahan ilmu dan amal akan berkembang. Juga sedikit renungan tentang suasana kanak-kanak sekarang.

wassalam,
ummi

CELAHAN

Salam, seme

Baba dah lama tak blog sini. Ingat dulu mula2 ada gak.

Teruskan lah menyumbang. Baba akan cubalah jengok2 lagi. Sibuk dan letih. Emel pun jarang bukak loni.

Ingatan dari baba, teruslah beriman kpd Allah dan Rasul-Nya. Jaga penjuru kita agar Islam terselamat. jadilah jundallah. Dan doakan untuk baba dan ummi.

Baba nak gi mukhayam sat lagi.

Wassalam wa ilalliqa'.

Baba....

Thursday, August 2, 2007

Syukur Hanya Pada Allah

Salam,
Setinggi-tinggi kesyukuran umi panjatkan kehadrat Allah SWT di atas segala nikmat dan rahmahNya pada kita semua. Ya, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sedikit sahaja yang kita lakukan namun anugerahNya kepada kita amat besar. Kita amat gembira-Allah beri kita peluang untuk merasa nikmat gembira. Maka kita harus bersyukur.

Macam mana ya?

Marilah kita kuatkan keazaman dan tekad kita untuk terus menjadi hamba yang diredhoiNya. Lakukanlah sebanyak amal yang mampu kita lakukan. Lakukan! Dan jangan kita tunggu lagi. Marilah kita berusaha untuk mengajak lebih ramai lagi manusia untuk bersama kita dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Yang pentingnya kita harus bekerja untuk itu.Rancanglah masa kita dengan baik agar kita dapat memaksimumkan amal .

Dan di antara perkara yang penting untuk kita memberikan tumpuan ialah usaha untuk menambah ilmu. Baik yang ukhrawi maupun yang duniawi. Jadi jom kita selalu membaca bahan-bahan yang bermanafaat dan kita kongsi apa yang kita baca. Mana yang perlu kita aplikasikan, kita ingat mengingati dan mana yang perlu kita sampaikan, kita kongsi dengan seramai mungkin. Seronok membaca ni!! Selain dari dapat ilmu, maklumat dan peringatan untuk diri kita juga dapat release tension. Ini umi rasai sendiri. Ilmu adalah alat untuk mengejar cita-cita.

Dari buku MENITI SUKSES DAN KASIH-SAYANG, Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni.
Pesanannya; Kehidupan yang sempurna adalah ketika anda menggunakan masa muda anda untuk mengejar cita-cita anda, masa dewasa anda untuk berjuang dan masa tua anda untuk merenung.

Selamat membaca! Kak ila hebat bab membaca ni. Baba dulu pun hebat. Sekarang ni sebab sibuk dah kurang tapi rasanya kena juga cari masa sebab masa baba banyak membaca dulu ramai orang dapat manafaat dari baba. Bila orang consult any issues, boleh je bagi macam-macam input.Ummi impressed. So what say baba?

wassalam,
ummi
(nak meriahkan blog ni)

Thursday, July 26, 2007

School Of Life

Salam,
Hari ini umi rasa terpanggil untuk mencoret sedikit buat tatapan suami tercinta,anak-anak dan menantu yang amat umi kasihi. Lagipun nak paksa diri ini untuk cuba menulis.
School Of Life: ya ,banyak perkara yang kita pelajari dan akan pelajari dalam kehidupan ini. Tidak sepatutnya ada perkara yang berlaku dalam kehidupan kita dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa mengambil iktibar daripadanya. Mengambil iktibar dan membuat perubahan ke arah yang lebih baik itulah sebaik-baiknya bagi seorang muslim. Kerana hari ini sepatutnya lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Itulah pegangan dan tekad kita.

Dalam kehidupan juga kita harus sedar bahawa tidak semua yang kita idamkan boleh kita dapati. Ada yang kita dapati seperti yang kita harapkan dan pada masanya, ada yang kita dapati setelah menunggu begitu lama dan ada yang langsung kita tak dapat. Kita harus mendidik diri kita agar menerima segala itu sebagai hikmah setelah kita berusaha dan berdoa. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Memang kadang-kadang terasa begitu berat di hati bila melalui keadaan yang menguji kesabaran kita. Umi sendiri banyak melaluinya dan umi sentiasa mengingatkan diri umi "inilah pengalaman hidup.aku mesti belajar untuk menerimanya,bersabar dan terus berdoa.jika aku berjaya melaluinya akan kukongsi pengalaman ini dengan orang lain." Umi akan melaluinya walaupun dalam keadaan tawa dalam tangis. Dalam hati akan tetap ada kepuasan kerana kita berjuang melaluinya. Kita tidak mengaku kalah.

Oleh itu, anak-anak dan menantu serta cucu yang umi kasihi, marilah kita ikhlaskan hati kita, kita bertolong-tolong dalam melakukan kebaikan walaupun sekadar kita memberi semangat sesama kita. Tingkatkan daya juang dalam diri kita, kerana kita akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T. Let's maintain a team! Kita kuatkan antara satu sama lain. Mudah-mudahan baroqahnaya ada di sana.

Let's start sharing our experince in life! Sharing knowledge about life!

Salam sayang teramat sayang dari,
Ummi

Friday, June 15, 2007

SeLamaT peNgantin BaRu kePada Anim & Abg NgaH


Salam, 

AbangLong mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada Abang Ngah. Abanglong juga tumpang gembira utk Anim. Syukur kehadrat Illahi kerana Anim diAnugerahkan suami idaman :). Selamat berumahtangga kepada Anim dan Abang Ngah. Semoga perkahwinan antum dapat menyemarakkan lagi usaha-usaha dakwah sebagai bekalan di Akhirat kelak. 

Pesanan dari Abanglong;
  1. Kehidupan berumahtangga memerlukan banyak kesabaran. 'Mengalah tak bererti kalah'
  2. Selalu bersangka baik dan terima kelemahan masing masing. 'Semua kita tidak dilahirkan sempurna, sebaliknya saling melengkapi'
  3. Kehidupan berdakwah tidak bererti kita perlu menjadi serius lantas membosankan pasangan. 'Rasulullah S.A.W pun bergurau dan berlari-lari dengan Aisyah R.A'

-Abanglong-
15 Jun 2007

Monday, June 4, 2007

Walimah Anim n Abg Ngah


Salam..

Proudly introducing the newest member of the family - Muaz Sayuti @ Abg Ngah

Alhamdulillah, on 25th May 2007, our family was blessed by Allah with the marriage of Tasnim with her spouse, Muaz. Kenduri diadakan pada 26 Mei 2007 dengan suasana penuh meriah dan mahabbah.

To Anim n Abg Ngah, semoga rumahtangga kalian sentiasa dipayungi rahmat Allah, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah penyambung perjuangan Deenul Islam dan menjadi keluarga duat yang merupakan paksi kepada dakwah Islamiyyah walau di mana berada...Redha Allah di doakan buat Anim, Abg Ngah dan keluarga yang akan dibina...

To Abg Ngah, ahlan wa sahlan.. kami sekeluarga sangat mengalu-alukan kehadiran abg ngah..
Semoga kehadiran abg ngah akan menguatkan dan mengukuhkan lagi saf keluarga ini demi memperolehi mardhotillah...

-kak ila-

Friday, April 27, 2007

Membina Lelaki Sejati

So sedikit sharing untuk kali ini (sahut seruan abang!) .Dari Majmuk Rasail:

MEMBINA LELAKI SEJATI

Satu bangsa yang sedang berjuang ke arah kebangkitan semula dan berhadapan dengan zaman peralihan yang kritikal. Suatu bangsa yang mahu membina masa depannya di atas landasan yang mantap. Masa depan yang menjamin kesejahteraan dan keselesaan buat generasi baru. Bangasa yang mahu menuntut hak dan harga diri mereka yang telah dirampas, bangsa ini sebenarnya memerlukan pembangunan yang berbeza.

Bangsa ini sebenarnya memerlukan pembangunan jiwa dan pemurnian akhlak. Anak bangsanya perlu dididik agar memiliki sifat kelakian yang sebenar. Agar mereka mampu menghadapi segala rintangan di sepanjang jalan serta sedia menanggung segala kesulitan.

Cukup itu dulu perkongsian kita kali ini.kita cuba garap dulu beberapa point penting di situ dan menterjemahkannya dalam bentuk 'amal. YANG PENTING IALAH TINDAKAN KITA IAITU 'AMAL.Umi akan sambung di lain kali.

Marilah kita doakan agar Allah permudahkan dan memberi kita kekuatan untuk untuk beramal.amin

orang lain mana ni?? please contribute.

-umi-

Thursday, April 26, 2007

Selembar Benang

Assalammualaikum

Ape kabar sume2?senyap je blog kite ni...ni abg nak tulih ni...tensen2...takde sape2 nak tulih

abg nak citer skit...ape2 pasal MSM ni..yg update abg dpt....sejenak dua jak ni takde ape2 sgt la yg jd...cuma few2 thing yg akn beri kesan besar dlm MSM punya kije n organisasi...ini kerana MSM bakal kehilangan 2 personel yg penting dlm segi tarbiyah dan juga management....

Org pertama..ialah akhi zifri london....yg byk menyumbang dlm management dah juga ekonomi...dia ni la byk dptkan link2...MSM dgn org2 di UK yg sehaluan ngan kite....dr segi sponsorship hingga membawa dr kamal helbawy.....jika mau duit...dia ni la org cari..sbb byk link....kira org yg buat sume PR2 work la....dia pun dah lebih 10 thn duk UK....org penting..kehilangan dia akn amat dirasai punya oleh MSM..tp mcm dia cakap...dia sempat train dak2 UG kat london...tp adakah mereka akn ada lama di sini or adakah mereka mampu buat same atau lebih dr dia?kite tunggu dan lihat la...

org ke 2...ialah Alfadhil Ust Salleh Humaidin.....org sudah semestinya sume akn rindui dan sedih akn kepulangan dia.....perubahan tarbiyah dan dakwah byk telah dibuat oleh ust...permergian dia amat dirasai abg sendiri....sedih2...sob sob....!!byk kerja2 dakwah dia yg berkesan dan terkesan....pendek kate...dia pulang dlm keadaan tanggungjawabnya selesai....dan iAllah bole dijawab diAkhirat nnt jika ditanya tentang tanggungjawab dia di UK ni....insan yg senang didekati n open minded....moga cita2 ust utk jd wakil rakyat lg 5thn tercapai di sarawak nnt....umi baba nnt jgn la lupa contact ust...nnt abg mintak no pon....hehe...jd pemergian dia pasti akan dirasai ramai...terutam Qiadah dan warga east midlands yg byk bersama beliau

dgn perginya ust salleh...tonggak utama MTD skang jatuh di bawah bahu Ust Isa hamzah coventry...moga2...segala dlm keadaan baik....Amin

tu je kut update dr abg tentang senario MSM skang di sini....bertemu dan berpisah tu sebahagian dr janji Allah....bertemu dan berpisah krn Allah..iAllah akn membawa kebaikan...kerna permergian mereka ini jika krn Allah..nescaya kerja2 mereka akn diteruskan bkn diratapi dan tidak buat ape2 n harap2 ade pengganti dttg...mcm tumbuhnya cendawan lepas hujan?...kan??betul tak umi baba?keredhaan berpisah ni adaalah sifat 1 dr 7 org yg dijanji syurga oleh ALlah...iAllah

sedikit dr abg...

wassalam

Tuesday, April 3, 2007

Tahniah dan Alhamdulillah!

Tahniah dan Alhamdulillah kerana berjaya melaksanakan apa yang dirancang.Its important to carry out things that have been decided for a good course. It means we're going towards the objectives.And also congratulations to abg long for a very fruitful and beneficial input and sharing sebagai pembuka bicara.Also to abg for a prompt participation.this is a good sign! We don't need to wait to do something good that we are capable of. Ini menunjukkan tahap kecergasan yang baik.

Kenapa cergas itu penting? Let's see apa yang Hasan Al-Banna gariskan tentang sifat orang yang layak untuk bersama dakwah. Beliau berkata:
"Di sini ingin saya tegaskan kepada sesiapa sahaja di kalangan umat Islam yang bersemangat tinggi, mana-mana jamaah Islam pada zaman ini amat-amat memerlukan individu-individu yang mahu bekerja dan berfikir..Mereka memerlukan orang-orang yang berani dan produktif. Oleh itu, diharamkan kepada sesiapa sahaja yang memahami hakikat ini untuk melewatkan diri menyahut seruan ini walaupun sesaat"
(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)
i. Cergas: Seorabg yang giat bekerja dan cergas

ii. Pemikir: Seorang yang bijak menggunakan akal fikirannya.

iii. Berani: Seorang yang berketrampilan, berani dan sedia berlorban.

iv. Produktif: Seorang yang mampu mencapai kejayaan.


Sedikit dari umi buat pembuka bicara.

Saturday, March 31, 2007

PETA MINDA FIKRAH

Assalamualaikum semua,

Abglong nak berkongsi sedikit dalam blog keluarga nih. Abglong sekarang tgh buat peta minda utk presentation kepada anak usrah. Sekadar berkongsi dgn antum semua. Boleh digunakan bila perlu....

Peta minda pada kali ini bertajuk 'Islam Satu Cara Hidup' di ambil dari silibus risalah usrah jilid 1 Bab 2. (Untuk anak usrah lepasan SPM)

sila klik pada image peta minda dibawah,

Thursday, March 29, 2007

Wah wah....blog liao

Assalammualaikum
baba umi n sume ape kabar?wah wah....udah meng-elektronikkan family kite skang...sume dah mengcelik kan IT dlm diri masing2....maju.......
ade blog ni..leh umi n baba tulih2 dlm....uji bakat n kasi pesan kat kami anak2...kalo rase penat dah cakap guna mulut....mayb through this boleh bg kesan tambahankan....sbb sambil2 guna internet dpt baca pesanan2 umi baba tercinta...sbb...kekadang ape yg kite baca dlm internet ni tak kira ape la...dia amat boleh memberi kesan kpd pembaca...dr cakap kut mulut.....sbb...leh nampak isi kandungannye.....n bole teliti dan menilai diri at the same time...hehehe....

n bende ni sentiasa ade dlm blog ni utk di tgk balik pesanan2 tu sume....selagi mane blog ni tak tutup or crash or ape2 la.....ngeh2...hopefully not....

tahniah atas adenye blog ni...tp dah 1 minggu bukak..sunyi je....biar la abg jd pembuka bicaara kat sini......bwaahahhaha...liao liao..

kalo umar,mawaddah,kak anim n kak ila n abglong n bihah...ade citer nak kongsi..leh letak dlm blog ni..leh abg tgk ape citer kome..dr baca citer pasal artis ni artis tu la kan...kalo ade ape2 interesting event yg kome p...ke mcm dinner ke,talk ke,sukan etc....citer la...leh abg tau perkembangan kome..iAllah abg pun buat yg same..utk keep umi baba n korang sume uptodate....sbb dah ade blog family camni...nak tulih dlm blog sendiri malas nak isi borang register ni...bwahahahha...lazy me(umi marah ni)...ngeh2...

anyway tu je abg nak tulih ni.....korang take care ek....jgn lupa la flood2kan blog ni ngan info n citer2 kome...especially umi n baba...kita org ketandusan citer2 dan nasihat dr u both...leh la citer ape2...tak mampu dilafazkan kat sini...=D

wassalam

take care,
miqdad
coventry UK

Saturday, March 24, 2007

The Grand Launching..

Welcome all and ahlan wa sahlan..
Let the sharing begin...

-kak ila-