Friday, August 3, 2007

Usaha Tngkatkan Tilawah

Salam,
Alhamdulillah meriah rasanya blog ni bila baba pun dah contribute. Umi masih lagi tunggu dari anim,abg ngah dan umar.
Pagi tadi ummi baru balik dari program qiam Tahun 6. Melihat gelagat anak-anak itu sepanjang program, timbul beberapa persoalan dalam diri ummi. Mereka ni sangat aktif ,takleh duduk diam dan takleh diam walaupun diingatkan berulangkali. Kalau ikutkan bahan yang disampaikan tu dah banyak slide show! Bila ditanya soalan, tanpa segan silu dan risau mereka memberikan jawapan yang negatif tentang diri mereka. Ummi dapat dengar ada yang berkata "berterus terang!". Yang ummi dengar tu dari pelajar perempuan.Dalam hati ummi, "berani betul budak-budak ni" dan terasa risau di hati, "nape ya?" Kenalah cari jalan untuk memperbaiki keadaan ini. Ada cadangan?

Pertama,ummi harap anak-anak ummi tidak tergolong dalam "kumpulan" yang macam ni (bukan semua begitu) esp wadah. Sebab wadah tengah meningkat dewasa. Wadah kena ada prinsip dan jati diri. Biarlah orang lain buat, kita jangan sekali-sekali ikut atau bersubahat dalam apa jua perkara yang tidak baik. Buat dan bersubahat tu sama sahaja. Sepatutnya kita mainkan peranan kita mengingati kawan-kawan. ADDEENUNNASIHAH - agama itu nasihat. Jadi, kenalah praktikkan. Lagipun hampir setiap hari kita baca suratul 'asr-berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Para sahabah dahulu bila dengar arahan dari Al-quran ,terus amalkan. Kita kena cuba untuk sentiasa berpegang dengan Al-quran,yakni mngamalkannya.

Ummi baru bincang dalam usrah guru, Al-quran itu mukjizat(ini semua orang tahu). dan antara mukjizat dari al-quran itu pula ialah ia mengesani jiwa manusia.
Ketika membacanya kita akan merasai kesan yang besar dan kita akan merasai bahawa yang berkata-kata itu adalah Allah Subhanahu Wataala.
Rasa tenang timbul bila kita baca al-quran. Sebab itu kita kena hidupkan suasana untuk sentiasa bertilawah. Kena ada target berapa lama sekali nak khatam. Tu baru baca ,belum lagi kita mentadabbur maksud ayat. Kesannya lagi besar untuk diri kita. Rasa takut akan azab Allah akan timbul- dan amal kita akan lebih terpelihara.(Lihat surah Az-zumar ayat 23)
Sebenarnya ummi pun nak beri semangat kepada diri ummi untuk pertingkatkan lagi tilawah ni. Kita kena sama-sama hidupkan suasana ini. Mungkin kita boleh set target sama-sama!

Ni tinggal ummi dan wadah sahaja. Jadi ambillah kesempatan untuk menulis dan share sedikit apa yg baru dibincang dalam usrah. Mudah-mudahan ilmu dan amal akan berkembang. Juga sedikit renungan tentang suasana kanak-kanak sekarang.

wassalam,
ummi

No comments: