Tuesday, December 2, 2008

Jauh! Shooo! Shoo!

Assalamualaikum semua,

Pagi tadi hantar bihah pergi kelas cuti sekolah naik kereta sambil dengar radio. Perbincangan berkisar Ad-deenun Nasihah. Agama itu nasihat. Islam sebenarnya adalah agama yang berkonsepkan "mencegah lebih baik dari mengubati". Bukankah ini mesej yang sentiasa cuba disampaikan oleh para pengamal perubatan (doktor-doktor) tentang kesihatan kita? Pernah tak kita terfikir kenapa pentingnya mencegah itu?
"Akak dulu masa pantang, berbarut, bertungku dan berurut tak? Berapa lama ye nak buat?" soal anak buah yang baru bersalin.
"Oh, akak dulu tak buat semua tu. Bersalin di negeri orang tiada siapa boleh tolong"
"Bolehlah ye tak buat semua tu?" soal beliau lagi.
"Sebenarnya kalau orang tanya, akak akan cadangkan supaya berpantang sebaik-baiknya. Buatlah apa yang baik. Akak sekarang ni muda lagi tapi selalu sakit-sakit badan. Rasa macam orang tua pula"
Aduh. Itulah kesan yang ditanggung badan dek tidak mencegah. Jelas di sini, apabila sesuatu perkara tidak dicegah, natijah yang terpaksa diterima serta proses mengubati yang perlu dilakukan amat menyeksakan. Oleh itu mengapa kita sanggup mengambil risiko atas perkara-perkara yang telah dinyatakan oleh ajaran Islam melalui Quran dan sunnah dengan nyata? Contohnya, Al-Quran menyebut "Jangan menghampiri zina". Ayat pencegahan kepada satu dosa yang jika dilanggar memberi impak negatif (semua aspek emosi, rohani dan fizikal) kepada penzina, keluarga mereka, bayi yang mungkin terhasil malahan kepada masyarakat. Belum lagi dibincangkan kos kewangan yang perlu ditanggung dalam melaksanakan pembaikan. Seperti seorang pesakit diabetes yang sentiasa perlu membayar kos ubatannya. Alangkah lebih baik jika dulu dia menjaga pengambilan gulanya. Pasti sekarang masih boleh ambil kuih yang manis (dalam kuantiti sederhana ye) dan tidak perlu menelan pil-pil bujur itu. Janganlah kita bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian. Bersuka ria di dunia tetapi meraung menyumpah diri sendiri di akhirat.
"Wahai manusia! Sesungguhnya Engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang Engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, (maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang. Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)! Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)! (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa melihat dan mengetahui keadaannya! "
(Insyiqaq : 6-15)

Sama-samalah kita menyampaikan seruan Islam ini supaya pencegahan dapat dilakukan dengan berkesan dan seterusnya menjaga diri kita daripada dimurkai Allah.

Monday, December 1, 2008

Buat umi dan Baba....serta renungan utk kita Anak2 umi baba

Here are songs for both of my beloved umi and baba...and also for all of us sons and daughters to ponder and say Thank you umi and baba for all the loves and care that both of you give us before now and forever..

So we as the child must always thinks of them before we ever do anything because it just not going to effect us only but our umi and baba too...

Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya

Lagu Untuk Ibu - Brothers

Ayah
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Ae-man

ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Track 9 - Unknown Artist

Wednesday, October 15, 2008

Happy Birthday Baba!



haa!!! Happy Birthday to my baba!!huhu.. sorry ar gambar x cantek sgt... buat cepat2.. nk kne blajo..hehe..anyways Semoga baba dipanjankan umur dan dimurahkan rezeki... thanks for being my wonderful baba..hehe.. don't think too much..smile always..^_^
tak taw nk ckp pe daa...
yg wadah taw KAMI SEKELUARGA SAYANG BABA!^_^

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya dari Perantauan






Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Allah Maha Besar dan Maha Agung, Allah Maha Besar dan milik Allah segala pujian.

Alhamdulillah syukur kita kpd Allah swt atas nikmat dan kurniaNya kepada kita semua. dgn izin Nya kita dpt menyambut syawal kali 1429H iALlah. suara takbir kedengaran tanda kemenangan org Islam dlm menghadapi ramadhan yg merupakan madrasah Allah swt kpd Hamba2Nya. Pada hari ini kita digalakkan oleh Allah utk menyambut raya dgn berpakaian baru memakai wangi wangian serta ziarah menziarahi antara satu sama lain bagi menjalinkan lg hubungan sesama kita Muslim. bermaaf maafan sesama kita.

Ang di perantau berasa amatlah sedih kerana sudah masuk thn ke 4 islam abg beraya kat UK ni..sob sob.rindu akn umi baba kak ila abglong kak anim abg ngah umar mawaddah nabihah dan warga2 sesaudara kita di sana. marilah kita sama2 kembali melihat ramadhan kita yg lalu ini agar amalan kita di bulan tersebut berterusan di bulan2 yg lain.spt abg nyatakan di atas td bahawa ramadhan ini merupakan madrasah ALlah kpd hamba2Nya yg beriman. jd gunakan segala ape yg kita pelajari di madrasah ramadhan utk dipraktikan di bulan2 yg lain iAllah. abg juga berpesan kpd diri abg dan semua marilah kita amik peluang kali ini utk berpuasa 6 iALlah puasa 6 ini ibarat kita berpuasa sepanjang tahun.besar pahalanya iALlah.

doa2la supaya thn depan abg dn bakal isteri abg(heheheh) dpt pulang utk beraya di sana pula...
abg nk sgt merasakan balik perasaan seronok dan gembira bila dpt bersalam dan mencium tangan dgn umi baba di pagi raya, tak lupa jugak bersalam ngan kak ila abg long kak anim abg ngah umar mawaddah dan nabihah betapa gembira dpt bersalam dan mencium tangan korang sume.

Harap ramadhan dan syawal kita kali ni lebih bermakna dan lebih baik dr sebelum ini iALlah

ni saja coretan perantauan abg ..sob sob..abg raya esok(30 sept 2008 bersamaan 1 syawal 1429H)

Abg
Coventry UK

PS: Emilia mengucapkan selamat hari raya kpd semua iALlah

Takbir Raya - Hijjaz, In-Team & Unic

Saturday, September 27, 2008

SelaMat aRi GhaYer..


Assalamualaikum sume...

this is my first time posting a topic..ngehehe...
wadah x nk ckp byk kat sini..
jus nak wish Selamat Hari Raya utk sume...
emm...
caner Ramadhan baru2 ni? harap baik la yerp!
caner ngan pencarian Lailatul Qadar? harap2 kome sumer bertemu ngan mlm yg mulia yg dianugerahkan oleh Allah...
ntahla..wadah raser Ramadhan tahun ni lebih bermakna bagi wadah dr Ramadhan tahun sebelum2nye...
wadah sker sgt bln Ramadhan coz pahala digandakan, pintu2 neraka ditutup...pintu syurga terbuka luas... mmg Ramadhan satu bln yg penuh barokah dan rahmat...
InsyaAllah kte boleh bertemu lagi dengan Ramadhan yg akn dtg..
abg? caner kat saner time Ramadhan? hrp2 sumernye baek2 je..
k lah...masuk topik raye plakz..ngehehe...
h0ho..
rayer dah dekat nih? baju rayer bertimbunkan? terutama skalik kakak wadah dua orang tu...^_^
abg2 recycle jer baju rayer tu...
wadah pon bleh thn byk gak baju rayer...x byk sgtla...
hmm.. ta0n ni kak ila n abglong balek cheras..huhu...
kak anim plak balik jitra...huhu.. kedah sana nun....
abg rayer kat england..wohoho...
wadah rayer kat ganu kitela! huhu.. best2...
org slal0o mintak maap time rayer..
time laen? ntohler...
x semestinye time rayer je kte mintak maaf...
kte kne mintak maaf time laen gak...
wadah azam rayer ta0n nih nk pose 6 hari bln syawal...
macam mane dgn org len?
jomlah kte bersama2 pose 6 hari time bln syawal...
pas2 bukak pose masak sedap2..mesti ser0nok...
hmm...ta0n nih sedare x ramai balik rusila...
tp xper..asalkan jumper tok kat sane..
yelah m0k Su terCinTa...
lepas rayer kne pi balek skola...nk exam..
nk dkt da exam wadah...
kome doa2kanlah yerk!...
wadah akan cube sedaye upaya utk mendaki gunung yg wadah trergelincir jatuh...hehe...
k lah..
thats all from me...
hoping something new from u guys ^_^

ok2...



Saturday, August 30, 2008

bihah nak diet

gara gara abah ngan ummi bihah diet...bihah pun nak diet....

Friday, August 29, 2008

Slide konvo Tasnim

saje nak try slide dari picasa web...lagi canggih...

Monday, August 25, 2008

Sikap Apabila Dipuji

Sekadar perkongsian. Pagi tadi Abglong mendengar radio IKIM semasa memandu ke tempat kerja. Tazkirah dari ustaz Zawawi yusof, UIA. Kata beliau...
1. Puji-pujian adalah bagus untuk menaikkan semangat, tetapi kalau terlebih puji boleh merosakkan orang yang dipuji kerana kemungkinan dia akan riak dan takabbur

2. Apabila dipuji, kita hendaklah berkata dalam hati "Astaghfirullah, dia tak tahu keburukan dan kelemahan aku, kalau dia tahu, mesti dia tak puji aku...."

Semoga bermanfaat, wassalam...

P/s: nak start kerje dah....

Sunday, August 17, 2008

KONVO TASNIM, USM PENANG 14 AUGUST


Assalamualaikum,

Dengan kuasa yang diberikan kepada Abglong, (hahahaha....aku ade kuasa!), sukacita dipaparkan gambar gambar menarik semasa kami berada di konvo Tasnim....Tahniah kepada Dr Tasnim...








Friday, July 4, 2008

Bengkel Mahligai Kasih 1

Salam,

Di sini, umi/saya nak promosi program bengkel mahligai kasih 1. Jadi, sesiapa saje yg masuk blog ini bolehlah membantu untuk mempromosi kepada kenalan masing-masing untuk menjadi peserta bengkel ini. InsyaAllah ia adalah program untuk pasangan suami isteri



Fasilitator yang akan mengendalikan program ini adalah seorang yang berpengalaman dan mampu mengendalikan program secara berkesan, menarik dan santai.

Jom ajak kenalan suami isteri. InsyaAllah you will appreciate it very much!

It is an outing for husbands and wives. Ia juga adalah peluang untuk pasangan yang sudah lama berumahtangga untuk memperbaharui kasih dan mengingatkan kembali saat-saat manis yang telah dilalui bersama.

Bagi sesiapa yang tidak dapat hadir tapi berhasrat untuk menyumbang samada dalam bentuk kewangan atau sponsor peserta, bolehlah menghantar sumbangan ke akaun yang tertera dalam brosur di atas. Terima kasih kepada semua yang bakal menghulurkan bantuan dalam menjayakan program ini.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

Tuesday, June 17, 2008

DAJJAL...

Salam, 
Abglong tertarik apabila ummi menyentuh tentang Dajjal ini. Abglong tertarik untuk berkongsi sesuatu tentang Dajjal ini.
Semasa Kontarn di JB baru ni, Dr Danial ada menyentuh tentang dajjal. Katanya, menurut satu hadis, Dajjal akan keluar apabila satu tasik di Israel akan kering. Menurut pakar, Tasik ini akan kering pada hujung tahun ini. Semoga Allah melindungi kita dari Dajjal ini. 
Ada beberapa pendapat tentang Dajjal ini. Ada yang berpendapat Dajjal akan keluar dalam bentuk sebuah makhluk yang digambarkan oleh Al-Quran dan Hadis (besar, dan bermata satu). Ada juga yang berpendapat Dajjal adalah manifestasi sebuah kekuasaan kerajaan. Suspek utama adalah Kerajaan Amerika yang ditunggangi oleh Zionist dan Neo-con. 
Sekadar perkongsian, ada usaha rahsia oleh kerajaan amerika untuk mencipta senjata baru. Senjata ini adalah jauh lebih dasyhat dari senjata nukleur. Projek ini dinamakan H.A.A.R.P. Kenapa lebih dasyat dari nukleur? Kerana dengan senjata ini, mereka boleh mengawal cuaca dunia! mereka boleh mencipta gempa bumi, kemarau, taufan dan macam macam lagi. Wallahualam, mungkin inilah dajjal yang sebenarnya. Sila lihat video dibawah. 






Abglong rasa kita sudah berada di ambang Dajjal!. Mungkin sebab itu pesanan-pesanan mengenai Dajjal telah disampaikan kepada kita semua. Harap topik ini dapat dikembangkan lagi oleh semua....

Benteng menghadapi Dajjal

salam
Hari sabtu baru ni umi attend daurah di Hidayah. Kali ni kita jemput ust
rosli sg petani. Best dengar penyampaian dia.

Katanya kita 'amalkan membaca 10 ayat awal atau 10 ayat akhir surah al-kahfi setiap hari sebagai benteng untuk menghadapi dajjal. Dan ada suatu masa pada hari Jumaat , doa kita makbul. Agaknya itulah sebabnya orang suka tambah amal pada hari jumaat terutamanya bersedekah. Hari Jumaat tetap ada kelebihannya.
Satu lagi tu tentang kisah orang badwi dengan RAsulullah. Bagaimana berkesannya tarbiyyah Rasululllah. Yg ni umi tak nak cerita lagi sbb nak cari dalam internet. nanti umi masukkan dan boleh pakat baca. Hari tu dah cari tapi tak jumpa lagi.
Balik tu dengan excited share dgn semua. Yang sedihnya bila datang sekolah hari isnin, rupanya ada juga insan yang boleh bagi komen"takde apa daurah tu sbb dah biasa dengar dari ust yang hebat! MasyaAllah! Kita kenalah sentiasa doa agar hati kita ni tak keras...... agar sentiasa dapat taufiq dan hidayah Allah. janganlah kita tutup hati kita dari perkara kebaikan. Sentiasa positif dan berusaha untuk tingkat ketaqwaan kepada Allah. Jangan sampai Allah kunci mati hati kita disebabkan kebongkakan kita. Nauzubillah.
Everything is about how we think and take it. kalau kita nak kebaikan,dapatlah kebaikan tapi kalau sebaliknya dapatlah apa tang kita pikir tu.

Semua perkara adalah tazkirah buat kita jika kita ingin mengambilnya.

umi

Thursday, June 12, 2008

Mc yati belanja makan




Terima kasih kepada mc yati utk free lunch di tasik remban. Selepas 'penat' main bowling di JJ, Mc Yati belanja makan. Semoga mc yati di murahkan rezeki... (tak boleh mengarang panjang2 sebab post ini dr hp abglong)

Posted by ShoZu



Sunday, June 8, 2008

Virgil Night @kamunting

Baba, Abglong dan 'Umar telah menyertai perhimpunan aman bagi membantah ISA di Taiping atau lebih tepat di Kamunting lewat petang semalam (7 Jun). Kami bertolak lebih kurang pukul 6.45 ptg. Bila sampai di kamunting, ada roadblock, traffic jam la sikit. Walaubagaimanapun, Alhamdullillah dapat juga join perarakan. Perarakan bermula di Masjid Kamunting menuju ke Kem Tahanan ISA lebih kurang 3 km. Alhamdullilah pihak polis telah beri kerjasama, tiada kejadian water canon atau pun tear gas berlaku. Abglong letakkan sedikit gambar dan video utk perkongsian kita bersama....  (utk makluman, gambar dan video diambil dari HP Nokia N82 abglong yang baru dibeli! hehehe)

Untuk Liputan berita, boleh layari link ini
http://www.malaysiakini.com/news/84143  (malaysiakini dalam BM Free)

 
                 








Friday, May 30, 2008

Ber'amalllah Walaupun Dengan Yang Nampak Kecil

Salam semua,
Saat umi menulis ini, hanya umi dan baba yang menghuni rumah di Rapat Setia ini. Kak Ila,Abg Long, Anim dan Bihah ke Johor menghadiri Kontarn, Umar ke sekolah untuk mejayakan program untuk KRJ Putera dan Puteri.Mawaddah pulak menyertai program tersebut. Dan abang sedang struggling for final exam next week. Umi percaya bangah pun bertungkus lumus di Makasar dengan usaha menamatkan pengajian dan program tarbiyyah dan dakwah. Nak balik hadiri kenduri angah che yah tak dapat sebab baba tak sihat untuk drive long distance. Dah sembang panjang lebar dengan che yah semalam. So kami ambillah kesempatan untuk settle beberapa urusan...Mudah-mudahan Allah memberkati segala usaha ini.

Mula-mula bawa barang recycle ke tempat jualannya, then kami singgah ke pasar untuk stok lauk di rumah. Well, dengan timbunan botol plastik, plastik dan sedikit paper lama tadi, dapatlah RM5.70. Tak banyak kan? Tapi umi percaya sedikit usaha yang kita lakukan secara berdikit dan konsisten akan tetap memberikan hasil yang boleh memberi manafaat pada akhirnya. Ya.... ini untuk Projek Dana Sekolah yang umi dipertanggungjawabkan. Jualan barang recycle... Sekolah cuti, so umi bawa sendirilah ke kedai. lagi pun nak compare semula harga dengan yang datang ambil di sekolah. Rasanya yang datang ke sekolah tu dah kira oklah price beliannnya.

Ya.. anakanda semua...... usahakanlah sesuatu untuk membantu usaha di jalan Allah ini walaupun dengan satu usaha yang nampak kecil. Umi amat menghargai sokongan yang diberikan oleh abg long dalam menjayakan projek ini. Sanggup kumpul botol dari Gurun dan bawa balik ke Ipoh. Ikut cerita kak ila pula, bihah pun dah paham, setiap botol yang ada dia tak bagi jual. Sepanjang dia di Gurun dan Langkawi baru-baru ni, sibuk dia tak bagi buang botol. "Buat balik kat nenek " katanya....... Jenuh juga kak ila dan abg long. Tapi semangat dan kefahaman bihah itu perlu kita ambil peluang untuk bentuk dia. Supaya dia faham ... she's doing it for a good course. Susah nak cari budak sebayanya yang prihatin begitu. Ambil kesempatan di atas potensi bihah untuk membentuk dia menjadi insan yang prihatin dan suka membantu serta ikut serta dalam usaha-usaha murni. As parents kita kena perhati semua tingkah laku anak kita agar kita boleh kembangkan yang baik dan hindarkan atau bendung yang tak baik dari awal lagi.

Usaha-usaha kecil begini, kalau kita buat dengan ikhlas , tetap ada nilainya di sisi Allah. Seperti kata Ust Ismail Kamus,"Lakukanlah walaupun sekecil-kecil 'amal kerana jika itulah yang Allah redha, entah-entah itu yang boleh membawa kita ke syurga dan jauhilah sekecil-kecil kejahatan, kerana jika Allah murka, bimbangnya itulah yang membawa ke neraka....Nauzubillah..... Itu menjadi pegangan umi. Buat apa yang kita boleh dan jangan tunggu. Bayangkanlah usaha sekecil itu jika semua ibubapa sekolah atau sesiapa saja yang ikut serta ,tentulah hasilnya akan menjadi sesuatu yang sangat bermakna. Boleh besarkan surau sekolah ke..... adakan bilik mesyuarat ke....tambah kebajikan untuk guru ke.....

Firman Allah yang bermaksud "Bertolong-tolonglah kamu dalam melakukan kebaikan ..........." Jadi kita mestilah menyahut seruan Allah ini.

Tu dulu. Dah berbau kek pisang dalam oven tu. Nanti hangus pulak. Pisang yang dibawa che nah tempoh hari.



umi

Monday, May 19, 2008

Saturday, May 10, 2008

Perjalanan Baru Bermula!! Semoga Istiqamah @

Tahniah kepada isteri tercinta doktor tasnim.
masih teringat...waktu nak tunggu keluar result hari tu...hanya Allah yang tahu...terasa seperti bangah plak yang nak dapat result....walaupun dah dapat bocoran result skit2 tapi selagi nama tidak diumumkan, selagi itu hati ni masih berdebar...betul cakap kak ila...macam mana nanti waktu kita tgh tunggu di hari akhirat nanti....samada menjadi ashabul yamiin, atau ashabus shimaal....menakutkan. tapi semuanya menjadi ketetapan Allah. manusia telah diberi pilihan di dunia. hidup memang penuh dengan pilihan. Semoga Allah selalu memberi kita hidayah dan kekuatan untuk selalu membuat pilihan2 yang terbaik dalam kehidupan sementara ini. Sama seperti ketika memilih untuk menjadi muslim. Itu juga sebuah pilihan.






Sedang berdebar-debar menunggu result!!










Alhamdulillah...akhirnya..
TAHNIAH DR.TASNIM

Thursday, May 8, 2008

Setinggi syukur dan sekalung tahniah

Salam semua,
Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah di atas nikmat yang diberikan kepada kita. Ya... kejayaan dalam mengejar cita-cita adalah satu nikmat yang besar yang dikurniakan Allah kepada kita. Secara khususnya hari ini adalah kejayaan anim dalam bidang yang dipilihnya. Umi mewakili semua mengucapkan tahniah di atas kejayaan anim. Segala penat lelah, stress dan kepayahan selama ini terubat jua dengan kejayaan yang dikurniakan Allah. Begitulah sifat pemurah Allah kepada hambaNya. Setelah kita menjalankan tanggungjawab kita terlebih dahulu, dengan usaha dan doa serta tawakkal, maka Allah memenuhi hajat kita.
Maka selepas ini bagaimana? Ya, kejayaan ini sebenarnya adalah alat untuk kita menjalankan tanggungjawab kita terhadap agama kita dan sesama makhluk Allah..Gunakanlah segala ruang dan peluang yang ada nanti untuk menyebarkan agama Allah kepada sekelian manusia di sekeliling kita. Mulakanlah dengan menjadikan diri kita orang yang memberi manafaat kepada orang lain.
Bukhari dan Muslim menceritakan Nabi Muhammad bersabda"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manafaatnya kepada orang lain"
Sungguh beruntung bagi mereka yang dikurniakan oleh Allah peluang berbakti kepada orang lain. Orang lain adalah ladang amalan kita. Apabila kita memiliki potensi lebih dari orang lain, kita mesti menanamkan niat memberi menafaat sebanyak-banyaknya kpada orang lain. Kelebihan yang ada pada kita hakikatnya adalah amanah yang diberikan oleh Allah dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
So anim and all, kita ada tanggungjawab kita masing-masing! Maka bersegeralah kita menjalankannya.
Last, Anim, tahniah! Semoga kejayaan ini membuka jalan untuk anim memperhebatkan amal di jalan Allah.
Not forgetting to say we are happy and proud of you! Moga Allah memberkati segalanya.

Umi

Thursday, May 1, 2008

Satu Pengalaman

Salam semua,
Dalam diri ini sentiasa tersimpan semangat yang tinggi untuk menyumbang di jalan yang mulia ini. Menyampaikan nikmat dan kemanisan Islam kepada semua. Namun kadang-kadang masih terbelenggu dengan rasa risau tak mampu untuk melakukannnya. Macamana nak cerita ya.....

Sebenarnya, bila nak kena buat program terutamanya yang "high-impact" sikit ,.... macam-macam perasaan ada. Boleh ke aku uruskan ni?....... kalau nak kena berucap depan khalayak ramai.....gementar pulak! Walaupun dah cuba atasi dengan menerima semua undangan untuk berceramah setakat ini...... masih kurang percaya pada diri. Agaknya sebab nature dari kecil dulu agak "introvert" Semenjak dalam dakwahlah diri ini mula berubah sikit untuk jadi "extrovert" . Keazaman dan pengalaman yang dilalui telah mengubah keadaan ini. Kalau tak rasanya entahlah.....

Tapi pertolongan Allah itu sentiasa bersama kita bila kita benar-benar berhajat untuk melakukannnya. Allah permudahkan dengan bermacam-macam cara. Ya... mudah-mudahan akan terlaksanalah apa yang sepatutnya kita laksanakan..........Usaha dan yakin .... itulah resepinya.

Itulah scenario yang kadang-kadang berlaku di kalangan kita apabila diberi tanggungjawab. Bukan tak nak buat...tapi macam-macam dilema ada. Oleh sebab itu kita hendaklah sentiasa menyelami masalah di kalangan kita dan membantu apa yang sepatutnya... agar akhirnya semua kita dapat mempertingkatkan keyakinan kita untuk memikul tanggung jawab yang lebih besar lagi. Bina , bantu, tampung ,sokong.......itulah antara keperluan dalam menjayakan satu-satu tanggungjawab bagi sesiapa sahaja terutama yang baru bermula.

Satu perkongsian pengalaman,
umi

Untukmu Hayati Para Pejuang...

Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan



Wednesday, April 30, 2008

Football craze vs Dakwah craze

Assalamualaikum semua,

Good tazkirah utk kita by Dr. Hishamuddin Alham..

Kekadang dok perhatikan mengapalah remaja kita…. dan
ada juga retua kita yang begitu minat dengan bola
sehingga sanggup bangun pagi pagi buta untuk saksikan
perlawanan “favourite” team mereka – terutama
Manchester United. Kat restoran mamak di Johor ni –
kekadang jejak 1,000 orang pelajar menyaksikan
perlawanan MU. Rupa-rupanya bola “craze” ni bukan dia
jadi dengan serta merta.

Ianya terbentuk setelah sekian lama, berbincang
mengenainya, membaca mengenainya kemudian diamalkan
selalu – masa perlawanan futsal atau bola sepak di
siang hari mahupun di malam hari. Lama kelamaan ia
mendarah daging…. akhirnya untuk bangun jam 2.30 pagi
– is not a big deal.

Kalau difikirkan dakwah pun begitu juga sepatutnya.
Untuk menjadikan dakwah ini satu “craze” dalam
kehidupan ini – kita kena bincang selalu mengenainya,
membaca selalu mengenainya, mempraktikkannya selalu di
mana sahaja kita berada… barulah mudah untuk bangun
jam 2.30 pagi mengadap kepada Allah, bermunajat kepada
Allah agar kita kekal dalam medan dakwah ini sehingga
akhir hayat… bangun 2.30 pagi dah tak jadi a big deal.

Moga Allah menjadikan dakwah kita ini satu “craze”
dalam kehidupan kita. Sepatutnya lagi lama kita di
medan dakwah, lagi mendarah daging jadinya.
Sehinggakan ianya tidak menjadi satu bebanan tetapi
merasakan ia adalah satu penghormatan dari Allah swt.
Terasa takut … takut nanti Allah mencabutkan perasaan
nikmat berdakwah yang pernah kita rasai bila mula-mula
kita menemuinya suatu ketika dulu. Dulu kalau pergi
usrah – satu nikmat, jumpa sahabat satu nikmat, dapat
ber”gathering” dengan sahabat satu nikmat, menghafal
satu nikmat…... moga semuanya ini masih menjadi satu
nikmat bagi diri kita sehingga kini…..ameen.


Sunday, April 20, 2008

Marilah sama-sama kita pergiatkan doa

Salam semua,
Seperti yang kita semua maklum anim/kak anim/che anim yang kita sayangi akan mengharungi peperiksaan yang penting dalam perjalanan pengajiannya.Penentu untuk yang seterusnya. Umi dan baba amat menghargai segala penat lelah,usaha jerih dan segala pengorbanan yang telah anim curahkan untuk sampai ke tahap ini. We are very proud of u!
Jadi umi mengajak kita sekeluarga untuk mempergiatkan doa untuk anim agar Allah akan membantu dan memberkati segala usahanya selama ini. Moga dikurniakan kejayaan yang cemerlang . Dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yang terbaik. Juga, moga Allah memberi pahala yang besar pada bangah kerana berkorban sedikit masa untuk isteri tercinta dalam melalui perjuangan ini. Sokongan dalam saat-saat begini dan apa jua permasalahan dalam sesuatu keluarga itu amat bermakna untuk pasangannya dan nantinya akan menjadi contoh buat anak-anak yang bakal menceriakan suasana, Insyaallah.
Selepas ini insyallah tumpuan kita adalah pada abg pulak. Umi harap persiapan yang secukupnya telah abg mulai dari sekarang menjelang peperiksaan final pada bulan Mei dan Jun nanti. Juga untuk kak ila agar dalam menyempurnakan masternya dan sempat konvo tahun ini.
Keizinan dan pengorbanan abg long pada kak ila dalam meneruskan pengajian, umi yakin amat bermakna pada kak ila dan juga umi dan baba. Moga kejayaan kalian akan membuka ruang yang lebih luas untuk menyumbang di jalan dakwah ini secara lebih berkesan.
Umar pula akan memulakan perjuangan dalam bulan Ogos ini. Umi harap tempoh bercuti yang ada ini digunakan untuk mempersiapkan mental secukupnya untuk melalui jalan yang telah dilalui oleh kak anim dgn bermacam kisah suka dukanya tapi tak pernah menyerah kalah. Sifat tidak menyerah kalah itu telah umar tunjukkan. So you can go further by holding to the right attitudes and endless effort.
Wadah! Wadah! Get moving and do it with full energy. We believe in you!

So doa,doa dan terus doa! Hanya Allah tempat kita meminta.

Biah masih di hospital. Doakan untuk biah juga.

sedikit coretan dari,
UMI

Tuesday, April 8, 2008

Sedikit Perkongsian seerah- Kisah Raja Kisra

Salam semua.
Umi nak kongsi sikit dari apa yg umi baca tentang seerah
Rasulullah s.a.w.Nak exercise ilmu at the same time.Perkongsian ni is like study group.Kita bagi input sikit sorang but in the end each of us gains a lot more..Kita nak baca semua kadang tu tak sempat. Betul tak future doctors, anim n bangah? Insyaallah.
Dalam usaha Rasulullah untuk menyampaikan dakwah, Baginda telah menghantar surat kepada raja-raja. Raja-raja yang beragama Nasrani memberi jawapan yang sopan meskipun sebahagian mereka tidak memeluk Islam. Antara raja yang dikirim surat itu ialah raja Kisra yang merupakan seorang penyembah berhala. Seorang raja yang memperhamba orang Arab. Melalui wakilnya yang dilantik beliau mengambil harta orang Arab dan mengambil cukai dari mereka.
Ketika surat itu sampai ke tangan Kisra, dia langsung mengoyak-ngoyaknya. Mendenga r itu Rasulullah s.a.w berkata"Mudah-mudahan Allah mengoyak-ngoyak kerajaannya sebagaimana dia mengoyak surat itu"
Kemudia Kisra mengirim surat kepada wakilnya yang menguasai Yaman. Dalam surat itu beliau menyuruh untuk menghantar 2 orang tentera untuk menculik Nabi dan menyerahkan kepadanya untuk dihukum di tengah kota.. Apabila dua utusan ini menemui Nabi dan meyatakan hasrat mereka,"Kami ingin engkau pergi bersama kami untuk menemui tuhan kami." Baginda bersabda:"Sesungguhnya Tuhankui telah membunuh tuhanmu tadi malam" Maksudnya ,Kisra telah terbunuh tadi malam.
Ketika itu juga mereka kembali ke Kisra. Dan memang benar, sesampai mereka di sana mereka mendapat berita Kisra telah dibunuh oleh anaknya sendiri di atas tempat tidurnya.
Begitulah kisah raja Kisra. Kisah kenapa anaknya membunuh raja Kisra ,kak ila kena cerita. Sebab kak ila dah baca.
Ok tu dulu. Umi tunggu yang lain contribute pula ya.

Lets continue sharing...
Umi

Tuesday, February 26, 2008

Sunday, February 24, 2008

Pencalonan

"Salam Perjuangan"



Assalamualaikum semua. Ni gambar2 waktu pencalonan mama haritu. Doakan kami di sini.












Mama dan Baba









MUJAHID MUDA