Sunday, April 20, 2008

Marilah sama-sama kita pergiatkan doa

Salam semua,
Seperti yang kita semua maklum anim/kak anim/che anim yang kita sayangi akan mengharungi peperiksaan yang penting dalam perjalanan pengajiannya.Penentu untuk yang seterusnya. Umi dan baba amat menghargai segala penat lelah,usaha jerih dan segala pengorbanan yang telah anim curahkan untuk sampai ke tahap ini. We are very proud of u!
Jadi umi mengajak kita sekeluarga untuk mempergiatkan doa untuk anim agar Allah akan membantu dan memberkati segala usahanya selama ini. Moga dikurniakan kejayaan yang cemerlang . Dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yang terbaik. Juga, moga Allah memberi pahala yang besar pada bangah kerana berkorban sedikit masa untuk isteri tercinta dalam melalui perjuangan ini. Sokongan dalam saat-saat begini dan apa jua permasalahan dalam sesuatu keluarga itu amat bermakna untuk pasangannya dan nantinya akan menjadi contoh buat anak-anak yang bakal menceriakan suasana, Insyaallah.
Selepas ini insyallah tumpuan kita adalah pada abg pulak. Umi harap persiapan yang secukupnya telah abg mulai dari sekarang menjelang peperiksaan final pada bulan Mei dan Jun nanti. Juga untuk kak ila agar dalam menyempurnakan masternya dan sempat konvo tahun ini.
Keizinan dan pengorbanan abg long pada kak ila dalam meneruskan pengajian, umi yakin amat bermakna pada kak ila dan juga umi dan baba. Moga kejayaan kalian akan membuka ruang yang lebih luas untuk menyumbang di jalan dakwah ini secara lebih berkesan.
Umar pula akan memulakan perjuangan dalam bulan Ogos ini. Umi harap tempoh bercuti yang ada ini digunakan untuk mempersiapkan mental secukupnya untuk melalui jalan yang telah dilalui oleh kak anim dgn bermacam kisah suka dukanya tapi tak pernah menyerah kalah. Sifat tidak menyerah kalah itu telah umar tunjukkan. So you can go further by holding to the right attitudes and endless effort.
Wadah! Wadah! Get moving and do it with full energy. We believe in you!

So doa,doa dan terus doa! Hanya Allah tempat kita meminta.

Biah masih di hospital. Doakan untuk biah juga.

sedikit coretan dari,
UMI

No comments: