Saturday, May 30, 2009

Doa dan Ingatan diHargai

Assalamu'alaikum wtb
kerabatku sekalian

Seingat2 Baba ni kali ke2 je menulis dalam blog kita. Namun Umi sentiasa update baba...he..he...

Kesungguhan anak menantu (dan Umi) memeriahkan blog memang baba respek... dan hargai. Baba ni kononnya sibuk tak sempat nak menulis. kalu nok tulis simple2 takut kalah dgn tulisan yang power2 kome...

Menghadapi musibah dan kesukaran memang adat sepasang ibu ayah. Dari anak2 belum lahir lagi sehingga dah ada anak (cucu kami le tu). Kepayahan sentiasa kami harungi. Sedikit ketika adalah keseronokan pulakyang mencelah antaranya. Tapi kami kena harungi dengan keimanan sebagai amanah Allah agar menjadi bekalan di alam kekal nanti, insya Allah.

Kini umur kami makin lanjut (tapi masih muda dalam dakwah) sememangnyalah pelbagai musibah badan mendatang. maklumlah enjin dah 500000km (bayang kalau kereta). Lagipun dulu dok ganyang daging bakar, cheese kek, pulut durian, nasi dagang etc2, tak beringat, exercise pun minimum maka dia mari balik ler... becareful le kome...

Jadi doa2 dan ingatan ana menantu seme memang dihargai... dan teruslah sehingga kami di alam sana nanti, insya Allah.

Wassalam.
Baba

Doa Kami Bersamamu Wahai Umi...

Assalamualaikum wrm wbt,

Semoga kita semua berada di dalam kemanisan iman dan amal inshaAllah. Dan semoga kita semuanya sihat sejahtera fizikal dan emosi untuk sama2 bangkit memberi semangat dan moral support kepada umi, abang long, 'umar dan juga abang ngah yang sangat memerlukan sokongan dari kita.

Bangun tidur tadi terasa macam nak share sesuatu. Tiba-tiba teringat masa abang chatting dengan kak ila..pesan kak ila, "Bagi la semangat pada umi..." Abang kata "InshaAllah tak de apa tu..umi kan Superwoman! Allah saje je nak uji umi kut lain" Hmmm.. semalam lepas chatting dengan umi, umi minta doakan agar semuanya dimudahkan olehNYA. Terus terfikir untuk menyampaikan berita tentang umi pada ikhwah akhawat di UK & Eire dengan hajat untuk mengajak mereka beramai-ramai mendoakan kesejahteraan umi dan semoga Allah memberikan kekuatan, ketenangan, kesabaran dan kecekalan menghadapi ujian dariNYA.

Sambil menekan butang-butang keyboard, teringat pula apa Ameerah MSM pernah lakarkan di dalam emailnya:

"Berita kebaikan muncul bertalu-talu selepas berturut-turut kita menerima berita kesedihan..Begitulah lumrah kehidupan. 'Ala kulli hal, semuanya adalah 'baik' buat seorang mukmin. Semoga kita akan sentiasa bersabar bila diuji oleh Allah dengan musibah dan sentiasa bersyukur kepadaNYA bila diuji dengan kejayaan..."

Di dalam Al-Quran Allah berpesan:
"Milik Nya lah kerajaan langit dan bumi. Dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan." (Surah alHadid : 5)


Kita pula sebagai mukmin, akan sentiasa berusaha dan berdoa agar Allah mengurniakan keberkatan dan rahmat yang berganda di atas usaha kita dalam mengharungi setiap mehnah dan dugaan yang Allah nukilkan untuk kita. La Tahzan..sesungguhnya Allah tidak pernah melupakan setiap dari hambaNYA.

Allah juga telah berjanji di dalam kalamullah:
"Wahai Manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNYA" (Surah Insyiqaq: 6)


Pagi tadi selepas selesai kerja rumah, sempat jugalah check email..ada banyak juga email balasan yang diterima ekoran dari penyampaian berita tentang umi. Semuanya mendoakan agar Allah memudahkan segalanya..ada beberapa akh dan ukh yang mengenali umi dan family berasa sebak mendengarkan berita ini..ada yang minta disampaikan salam kepada umi dan keluarga. InshaAllah dari balasan-balasan email yang diterima, abang, emi dan semua ikhwah dan akhawat di bumi UK dan Eire mendoakan kesejahteraan umi. Semoga Allah memberi kekuatan dan semangat yang tinggi kepada umi. Kata mereka lagi..."Doa kami sentiasa bersamamu". Ada satu special reply dari anak usrah umi dan semoga reply darinya ini boleh membuatkan umi tersenyum simpul manis dikala membacanya ye...


Walaikumsalam. ..
Kepada Ukhtie Emy, Miqdad dan ikhwah dan akhawat sekalian,
Umi Miqdad adalah bekas Naqibah ana selama beberapa belas tahun sejak seingat ana sejak tahun sekitar 1989an hingga ana hijrah ke Terengganu 2004 dengan ada outstation ke UK dan cuti belajar a few times in between. Seorang penggerak dakwah utama di negeri Perak dan adalah tulang belakang tarbiyyah negeri Perak serta sekolah Al Hidayah di Ipoh yang telah membawa sekolah tersebut sebagai diantara yang terbaik hingga mendapat anugerah Maal Hijrah dan sekolah rujukan United Nation beberapa tahun yang silam.
Moga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada Kak Mah(nama panggilan kami) menghadapi ujian ini. Mari sama-sama kita berdoa moga Allah swt memberi kesembuhan dan yang terbaik untuk kak Mah dan kesabaran kepada keluarga beliau.
wassalamualaikum.
MC_K Noor
Leeds UK


Itu dulu sharing dari bumi Coventry..inshaAllah ada kesempatan kita sharing lagi..because "Sharing is Caring" Hehe...

Uhibbukum fillah,
Emilia

Monday, May 25, 2009

Happy Anniversary Kak Anim & Bangah

Assalamualaikum Kak Anim & Bangah!

Just a short one to wish the both of you a happy wedded life. Semoga Allah memberikan sakinah, mawaddah wa rahmah yang tidak putus-putus kepada Kak Anim dan Bangah di dalam melayari bahtera baitul muslim inshaAllah. Semoga kasih sayang dan kebahagiaan yang dibina berkekalan sehingga ke syurgaNYA. Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu, Bertemu untuk mematuhi perintah Mu, Bersatu memikul beban dakwah Mu, Hati-hati ini telah mengikat janji setia..untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..akan jalannya yang sebenar. Penuhkanlah piala hati ini..dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini..dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu. Jika Engkau mentakdirkan mati, Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu, Engkau lah sebaik-baik sandaran..dan sebaik-baik penolong. Ya Allah Perkenankanlah permintaan ini Amin ya rabbal A'alamin..(Doa Rabitah)

Love from afar,
Abang & Emi

Sunday, May 24, 2009

A small gesture but very meaningful

Salam,

Pagi tadi masa nak hadiri program Bicara Perdana anjuran Majlis Guru Islah JIM Pusat dan JIM Perak(tak lupa, mak cik yati pengarahnya-tahniah yati!), umi sebenarnya sangat tak sihat. Baju yang nak pakai dah ada cuma tudungnya kena pinjam kak anim punya. semalam dah tanya kat mana tudung tu. kak anim beritahu ada sangkut kat almari tapi umi tak sure kat mana. Dalam hati"kalau jumpa esok umi pakailah" dengan baju hadiah harijadi yang kak ila dan kak anim hadiahkan hari tu. Nak siapkan semalam tak larat.

Alkisahnya bangun pagi tadi uai rasa tak larat sangat. Jadi umi buat keputusan untuk pakai baju lain. Yang dah ada tudungnya. Tak payahlah nak cari tudung kak anim tu. Tapi bila turun kat bawah tengok kak anim dah letak tudung dekat baju umi. Terharunya sebab umi tak larat sangat dan umi tahu kak anim pun sangat sibuk. Hari ni sebenarnya kak anim oncall. Sempat juga dia siapkan untuk umi. Alhamdulillah

Balik majlis tu umi pun message kak anim ucap terima kasih sebab siapkan tudung untuk umi. Ini jawapan kak anim"Anim letak siap-siap takut umi tak jumpa nanti. Hari istimewa kenalah pakai baju baru." Terlintas di fikiran umi "Dulu ummi baba yang selalu bagi semangat dan sokongan atas setiap kejayaan anak-anak. Sekarang anak-anak pula bagi sokongan kat umi baba atas pencapaian ummi atau baba." Kak anim nak umi pakai baju baru masa terima penghargaan untuk Tokoh Guru negeri Perak masa majlis tu. Alhamdulillah.

Kak ila sibuk menyiapkan slide untuk bacaan quran dan juga pelekat untuk buku yang nak diberi sebagai door gift. Dari menemani abg long masa dialasis, pergi pulak beli roset, dan lepas maghrib pergi jusco tempah sticker, hantar abg long balik kat setesen bas. dah pukul 10 malam mulalah buat kerja yang sllide dan buku tadi . Umi pun tak tahu pukul berapa kak ila tidur. Buat kerja dibantu oleh Bihah. Pembantu setia yang sangat rajin dan istiqomah dalam setiap kerja. Hanya akan berhenti bila kerja dah selesai. Segala puji bagi Allah yang menganugerahkan keistimewaan ini.!

Alhamdulillah umi bersyukur kerana anak-anak(semuanya dengan peranan masing-masing) telah mengenal erti dakwah dan bagaimana untuk bermanafaat di jalan dakwah. Moga anak-anak semua akan terus istiqomah dan sentiasa ikhlaskan diri. Tak ada yang lebih membahagiakan ummi dan baba melainkan melihat anak-anak menjadi insan yang soleh wa musleh. Bermanafaat untuk dakwah dan menjadi rijal yang diredhoi oleh Allah.

Alhamdulillah.

ummi

Friday, May 15, 2009

Kecil kecil cili api

Salam semua,

Tadi, bila baca latest posting dalam blog kak ila(menarik....menarik) umi teringat satu incident dengan bihah aka 'Adnin. Dah lamalah juga tapi baru ada masa nak tulis. Memang nak share benda ni supaya semua boleh belajar untuk melihat cara berfikir dan potensi anak-anak. Walau sekecil mana pun mereka. Ini penting untuk kita terus mengembangkan potensi yg ada ke tahap maksimum dengan izin Allah.

Masa tu umi, kak ila, kak anim ,che su dan bihah pergi makan cendol . Bila habis makan, umi susunlah mangkuk tu. Susun ke atas .Umi nak cepat dan senang aje. Bila bihah tengok dia terus kata"Bukan macam nilah nenek." "Nanti jatuh." Dia pun susun semula dengan meletakkan lapik piring dulu dan kemudian baru letak mangkuk. Jadi susunan tu tak tinggi sangat dan lebih stabil. MashaAllah, bihah ni very observant dan suka berfikir. Macamana nak buat yang terbaik. Mudah-mudahan bihah akan terus jadi orang yang observant dan berfikir untuk sentiasa memperbaiki keadaan kepada yang lebih baik. Menjadi dai' yang akan mengislah masyarakat.

Oleh itu anakanda semua, bila kita dapati ada potensi begini kita, pertamanya kita acknowledge kebaikan ini and let her know she has done something good. Kemudian kita lebarkan lagi pengetahuan anak-anak dengan mengaitkan dengan perkara-perkara lain dalam kehidupan. Dengan cara ini anak-anak akan lebih alert dengan setiap tindakan mereka. Dan akan sentiasa berfikir untuk buat yang terbaik.

Hasrat kita adalah untuk melahirkan golongan ulul albab dan menjadi orang yang termasuk dalam golongan ini. Golongan yang sentiasa berfikir dan mengkaji.
Firman Allah dalam surah ali-imran 190-191 yang bermaksud
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka’.”

Sedikit sedutan dari artikel Dr Danial:
Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Mereka mementingkan zikir dan fikir. Dalam konteks fikir, mereka suka mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian alam. Pada hari ini para saintis yang bertakwa kepada Allah boleh dikategorikan sebagai golongan ulul albab.

Tu dulu. Semoga bermanafaat untuk semua.

Salam sayang,
ummi

Thursday, May 14, 2009

Ibu Madrasah Pertamaku

Salam,

Alhamdulillah hasil penulisan umi yg pertama telah terhasil melalui kompilasi kisah 23 ibu yang telah berjaya mentarbiyyah dan mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna dan bermanafaat untuk Islam.

Buku ini telah dicetak dan kini berada di pasaran. Sebenarnya apa yang umi tulis hanyalah sekelumit dari begitu banyak pendidikan, pentarbiyyahan dan pengorbanan dari bonda Hajjah Fatimah bt Ismail yang tercinta. Sehingga kini bonda Fatimah adalah rujukan buat umi dan adik beradik yang lain. Umi mendoakan agar Allah meningkatkan mertabat bonda Fatimah di sisinya.

ooops terpaksa berhenti di sini dulu. Nak ke Bank Rakyat Jelapang, membantu utk memulakan usrah disana.. bersambung nanti......



Semoga menjadi inspirasi buat anakanda semua.



Monday, May 4, 2009

Buat bangah yg tgh struggle study sungguh2



walaupun siaran ulangan tp tetap releven...hehehe

Out of context picture...ngeh2