Sunday, May 24, 2009

A small gesture but very meaningful

Salam,

Pagi tadi masa nak hadiri program Bicara Perdana anjuran Majlis Guru Islah JIM Pusat dan JIM Perak(tak lupa, mak cik yati pengarahnya-tahniah yati!), umi sebenarnya sangat tak sihat. Baju yang nak pakai dah ada cuma tudungnya kena pinjam kak anim punya. semalam dah tanya kat mana tudung tu. kak anim beritahu ada sangkut kat almari tapi umi tak sure kat mana. Dalam hati"kalau jumpa esok umi pakailah" dengan baju hadiah harijadi yang kak ila dan kak anim hadiahkan hari tu. Nak siapkan semalam tak larat.

Alkisahnya bangun pagi tadi uai rasa tak larat sangat. Jadi umi buat keputusan untuk pakai baju lain. Yang dah ada tudungnya. Tak payahlah nak cari tudung kak anim tu. Tapi bila turun kat bawah tengok kak anim dah letak tudung dekat baju umi. Terharunya sebab umi tak larat sangat dan umi tahu kak anim pun sangat sibuk. Hari ni sebenarnya kak anim oncall. Sempat juga dia siapkan untuk umi. Alhamdulillah

Balik majlis tu umi pun message kak anim ucap terima kasih sebab siapkan tudung untuk umi. Ini jawapan kak anim"Anim letak siap-siap takut umi tak jumpa nanti. Hari istimewa kenalah pakai baju baru." Terlintas di fikiran umi "Dulu ummi baba yang selalu bagi semangat dan sokongan atas setiap kejayaan anak-anak. Sekarang anak-anak pula bagi sokongan kat umi baba atas pencapaian ummi atau baba." Kak anim nak umi pakai baju baru masa terima penghargaan untuk Tokoh Guru negeri Perak masa majlis tu. Alhamdulillah.

Kak ila sibuk menyiapkan slide untuk bacaan quran dan juga pelekat untuk buku yang nak diberi sebagai door gift. Dari menemani abg long masa dialasis, pergi pulak beli roset, dan lepas maghrib pergi jusco tempah sticker, hantar abg long balik kat setesen bas. dah pukul 10 malam mulalah buat kerja yang sllide dan buku tadi . Umi pun tak tahu pukul berapa kak ila tidur. Buat kerja dibantu oleh Bihah. Pembantu setia yang sangat rajin dan istiqomah dalam setiap kerja. Hanya akan berhenti bila kerja dah selesai. Segala puji bagi Allah yang menganugerahkan keistimewaan ini.!

Alhamdulillah umi bersyukur kerana anak-anak(semuanya dengan peranan masing-masing) telah mengenal erti dakwah dan bagaimana untuk bermanafaat di jalan dakwah. Moga anak-anak semua akan terus istiqomah dan sentiasa ikhlaskan diri. Tak ada yang lebih membahagiakan ummi dan baba melainkan melihat anak-anak menjadi insan yang soleh wa musleh. Bermanafaat untuk dakwah dan menjadi rijal yang diredhoi oleh Allah.

Alhamdulillah.

ummi

2 comments:

emi said...

Kecil Tapi Besar....


Assalamualaikum wrm wbt

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..wa Astaghfirullah!

Banyak sungguh emi belajar sejak menjadi sebahagian dari keluarga ni. Banyak sungguh qudwah yang ditonjolkan. Walaupun sekecil2 tindakan, 'impact' nya sangat besar terutamanya kepada emi. Sungguh terkesan rasanya dengan qudwah hasanah yang ditunjukkan dan biah solehah yang diwujudkan dalam menghadapi kehidupan kekeluargaan. Kalau nak disebut satu persatu rasanya tak ada perkataan yang lebih tepat untuk 'describe' dan kalau nak ditulis pulak..rasanya tinta seluas tujuh lautan pun tidak mencukupi (chewah!).

Bersyukur tidak terhingga kerana Allah memberikan kesempatan ini untuk merasai biah dan mencontohi qudwah tersebut.

Mabruk kepada semua! Semoga tindakan2 kecil inilah akan memberatkan lagi Al Mizan dikala perhitungan amal dilaksanakan ke atas setiap satu dari kita biiznillah.

Jazakumullah khairan katheera walaka jannatullah!

Allahua'lam

kerisisiah said...

salam,
Emi, sebenarnya kehadiran Emi juga telah membantu meningkatkan biah solehah dalam keluarga kita. Alhamdulillah umi bersyukur ke hadrat Ilahi.

Apa yang kita harapkan ialah kita sentiasa istiqomah dan dalam redho Allah.

Seperti Emi sebut, mudah-mudahan apa yang sedikit yang mampu kita lakukan ini diterima Allah dan bakal menjadi pemberat timbangan kita kelak. Sama-samalah kita mendoakan antara satu sama lain.

Teruskan menulis Emi. Apa jua perkongsian yang baik inshaallah sangat bermanafaat untuk kita semua.

wassalam
umi