Friday, May 15, 2009

Kecil kecil cili api

Salam semua,

Tadi, bila baca latest posting dalam blog kak ila(menarik....menarik) umi teringat satu incident dengan bihah aka 'Adnin. Dah lamalah juga tapi baru ada masa nak tulis. Memang nak share benda ni supaya semua boleh belajar untuk melihat cara berfikir dan potensi anak-anak. Walau sekecil mana pun mereka. Ini penting untuk kita terus mengembangkan potensi yg ada ke tahap maksimum dengan izin Allah.

Masa tu umi, kak ila, kak anim ,che su dan bihah pergi makan cendol . Bila habis makan, umi susunlah mangkuk tu. Susun ke atas .Umi nak cepat dan senang aje. Bila bihah tengok dia terus kata"Bukan macam nilah nenek." "Nanti jatuh." Dia pun susun semula dengan meletakkan lapik piring dulu dan kemudian baru letak mangkuk. Jadi susunan tu tak tinggi sangat dan lebih stabil. MashaAllah, bihah ni very observant dan suka berfikir. Macamana nak buat yang terbaik. Mudah-mudahan bihah akan terus jadi orang yang observant dan berfikir untuk sentiasa memperbaiki keadaan kepada yang lebih baik. Menjadi dai' yang akan mengislah masyarakat.

Oleh itu anakanda semua, bila kita dapati ada potensi begini kita, pertamanya kita acknowledge kebaikan ini and let her know she has done something good. Kemudian kita lebarkan lagi pengetahuan anak-anak dengan mengaitkan dengan perkara-perkara lain dalam kehidupan. Dengan cara ini anak-anak akan lebih alert dengan setiap tindakan mereka. Dan akan sentiasa berfikir untuk buat yang terbaik.

Hasrat kita adalah untuk melahirkan golongan ulul albab dan menjadi orang yang termasuk dalam golongan ini. Golongan yang sentiasa berfikir dan mengkaji.
Firman Allah dalam surah ali-imran 190-191 yang bermaksud
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka’.”

Sedikit sedutan dari artikel Dr Danial:
Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Mereka mementingkan zikir dan fikir. Dalam konteks fikir, mereka suka mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian alam. Pada hari ini para saintis yang bertakwa kepada Allah boleh dikategorikan sebagai golongan ulul albab.

Tu dulu. Semoga bermanafaat untuk semua.

Salam sayang,
ummi

No comments: