Monday, June 22, 2009

Dzikir, Fikir,Ikhtiar, Tawakkal

Salam,

Dalam menhadapi satu-satu permasalahan dalam kehidupan, kita hendaklah menyelesaikannya dengan
1.Lisan kita berzikir(doa pada Allah)
2.Hati kita berfikir cara menyelesaikan
3.Fizikal kita(yakni badan)berikhtiar
4.Akhirnya kita tawakkal kepda Allah

Inilah cara yang sepatutnya kita laksanakan. Seluruh anggota kita yang dikurniakan Allah harus dimanafaatkan.

Isi penting ini umi dapat dalam rancangan rawat hati(ust indonesia). Pgoram di Bandung rasanya sebab abg pi selalu ada sebagai pendengar. Tadi pun ada abg pi, pakai baju kemeja maroon. Bagus rancangan ni. Sesuai dengan tajuk. Kita perlu sucikan hati kita agar 'amal kita lebih terarah.Doa dia pun best.Menusuk dan melembutkan hati yang mendengar. Ni channel astro oasis.

Moga bermanafaat untuk semua

ummi

Sunday, June 21, 2009

10 Muwasafat Tarbiyah

sedikit penulisan dr blog kawasan west midlands utk renungan dan peringatan...hehe malas nk karangan

10 Muwasofat Tarbiah

muwasafat-tarbiyah2

1) Aqidah Sejahtera

Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur
Tidak berhubung dengan Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari simati
Tidak bersumpah dgn selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal kerana Allah
Mengimani rukun-rukun Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

2)Ibadah Yang Sahih

Tidak menolak utk azan
Bersuci dgn sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Sangat suka berjemaah di masjid
Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan
Ada niat utk menunaikan haji
Beriltizam dgn adab-adab tilawah
Khusyuk ketka membaca al-Quran
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
Menjauhi dosa-dosa besar
Sentiasa membaca zikir pagi
Sentiasa membaca zikir petang
Mengingati Allah swt pada setiap situasi
Menunaikan Nazar
Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3) Akhlak Yang Mantap

Tidak takabbur
Mempunyai pendirian
Tidak menipu
Tidak mencaci
Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat
Tidak berdusta
Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
Mengasihi orang yg lebih muda
Menghormati orang yg lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

4)Mampu Bekerja

Mejauhi pekerjaaan yang haram
Menjauhi riba
Menjauhi judi
Menjauhi penipuan
Menunaikan zakat
Membuat simpanan walaupun sedikit
Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan
Memelihara harta awam
Memelihara harta peribadi

5) Berpengetahuan luas

Mampu membaca dan menulis dgn baik
Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
Memelihara hukum-hukum tilawah
Menghafaz setengah dari hadith 40
Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting
Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
Mengetahui hukum-hukum solat
Mengetahui hukum-hukum puasa
Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu
Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
Mendengar dengan baik
Mampu memberikan pandangan
Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita

6) Tubuh Yang Cergas

Bersih tubuh badan
Bersih pakaian
Tempat tinggal yg bersih
Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
Tidak berjaga malam berlebihan
Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
Bangun sebelum terbit fajar/subuh
Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
Meninggalkan tabiat merokok
Menjauhi tempat-tempat kotor
Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

7)Mujahadah (Menguasai Diri)

Menjauhi perkara-perkara haram
Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan
Meninggalkan tempat-tempat maksiat

8)Teratur urusannya

Penampilan yg elok
Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam

9)Sangat Menghargai Masa

Bangun awal
Menggunakan masa tertentu utk belajar

10)Bermanfaat Kpd Orang Lain

Menunaikan hak ibu bapa
Menyertai majlis-majlis kegembiraan
Membantu orang-orang yg memerlukan
Membimbing orang yang sesat
Berkahwin dgn pasangan yg sesuai

Thursday, June 18, 2009

Semoga mendapat kekuatan untuk ber'amal

Salam,

Petikan dari lama JIM Ampang Jaya untuk manafaat semua.

Menunaikan Solat Dua Rakaat Untuk Menghadapi Kesunyian Kubur.

Rasulullah saw. amat menggalakkan umatnya bangun malam untuk bertemu dengan Allah, bersolat dan mengabdikan diri kepadanya. Di dalam ‘Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah’ karangan Al-Ustaz Prof. Dr. Fathi Yakan, ada disebutkan betapa penting para pendakwah bangun berqiyamullail dengan harapan semoga Allah memberi kekuatan kepadanya, keikhlasan dan ketabahan dalam menghadapi liku-liku perjalanan dakwah yang dilalui .Kesusahan yang dihadapi dalam menjalankan kegiatan dakwah dan amal islami akan menjadi ringan dengan cara menjalin hubungan langsung dengan Allah menerusi aktiviti qiyamullail yang menjadi rutin kehidupan seseorang pendakwah itu. Pendakwah haruslah mengingatkan diri mereka bahawa tidak ada tempat lain bagi mereka memohon pergantungan melainkan hanya kepada Allah.

Di dalam satu hadits yang panjang, Nabi saw. menyebut yang bermaksud :
“Dan tunaikanlah solat dua rakaat dalam kegelapan malam bagi menghadapi kesunyian alam kubur” .
Sembahyang malam tidak dapat ditandingi oleh sebarang ibadat. Ia membekalkan kita dengan potensi dan daya juang yang hebat seperti yang disebut oleh Allah swt. dalam surah Al-Muzammil ayat 6 yang bermaksud :
“Sesungguhnya jiwa yang terbentuk di waktu malam itu lebih mantap ( keperibadiannya ) dan lebih jitu kata-katanya” .

Berpandukan kepada ayat di atas, para pendakwah yang ingin melihat perubahan pada diri orang yang didakwahnya haruslah tidak mengabaikan tanggungjawab berqiyamullail .

Diriwayatkan bahawa Jibril datang bertemu Nabi saw. lalu berkata “Hai Muhammad, hiduplah seperti mana yang engkau mahu namun engkau akan mati. Berbuatlah apa yang engkau mahu namun engkau pasti akan dibalas kelak. Cintalah sesiapa yang engkau kehendaki namun engkau pasti akan berpisah dengannya. Ketahuilah kemuliaan seseorang Islam disebabkan qiyamullail manakala kehebatannya disebabkan tidak mengharapkan sesuatu dari orang lain.
( Riwayat At-Tabrani )

Jika seseorang itu tidak mampu mengamalkan perkara ini dan membudayakannya dalam kehidupan maka kegiatan dakwah yang dilakukan menjadi kurang berkesan. Bencana yang menimpa umat Islam hari ini adalah disebabkan kekurangan individu yang mempunyai ciri-ciri dakwah dan akhlak yang sepatutnya.

Bagaimana Memudahkan Qiyamullail ?

Sayugia diingatkan bahawa terdapat beberapa halangan yang pasti dihadapi untuk melaksanakan ibadat ini. Dalam hadits disebutkan apabila seseorang hendak menunaikan sembahyang malam datanglah malaikat seraya berkata kepadanya : “Bangunlah , hari telah pagi , solat dan ingatlah kepada Tuhanmu” . Syaitan pula datang dan memujuknya dengan berkata : “Malam masih panjang , tidurlah lagi . Nanti engkau bangunlah”. Sekiranya dia bangun maka badannya menjadi ringan dan cergas ( sihat ). Jika tidak bangun dan tidur hingga ke siang hari maka syaitan telahpun kencing dalam telinganya.

Di antara langkah-langkah yang patut diambil bagi mengelakkan diperlakukan oleh syaitan sedemikian rupa, di mana Al-Imam Al-Ghazali memberikan kepada kita beberapa teknik supaya mudah berqiyamullail. ( Ihya Ulumiddin hlm. 421 ). Antaranya :

1. Kurangkan makan .
2. Kurangkan kerja-kerja berat yang menyebabkan badan menjadi letih dan tidak mampu bangun pada malam hari .
3. Hendaklah tidur sebentar di waktu siang sebelum atau selepas zohor seperti yang diamalkan oleh Nabi saw.
4. Elakkanlah daripada melakukan sebarang dosa sama ada melibatkan percakapan, perbuatan dan niat. Sufiyan At-Thauri berkata : Aku tidak dapat berqiyamullail selama lima bulan disebabkan dosa yang ku lakukan .

Wednesday, June 17, 2009

Happy Birthday Abang!


Assalamualaikum wrm wbt dearest family members.

Thought of posting a wish for abang's birthday...today UK time 00.43am (18th June 2009).

First of, Jazakillah hu khairan katheero Baba dan Umi kerana telah melahirkan seorang muslim yang soleh, daie yang berfikir, penyayang, berkepimpinan, penyabar, sumber menghibur hati etc (and the list goes on).

To abang, semoga Allah memberi keberkatan usia dan mengganjari setiap saat di dalam usia abang yang disalurkan untuk dakwah. Semoga Allah membuka pintu rezekiNya seluas-luasnya agar kita dapat jalankan tanggungjawab kita dengan lebih sempurna biiznillah. Semoga Allah memberikan kemudahan di dalam setiap urusan sekali gus mengurniakan kecemerlangan di dunia dan di akhirat kelak. Semoga dikurniakan ketabahan, kekuatan, kesabaran yang tinggi, kesejahteraan dan kebahagiaan yang tidak putus2 sehingga ke syurga Allah. Amin.


InshaAllah sabtu ni Abang akan jadi MC untuk Daurah Baitul Muslim di Birmingham. Semoga abang dapat jalankan tanggunjawab yang diberi dengan cemerlang.InshaAllah.

Melaporkan secara senyap2 dari meja seberang from abang (hehe)
Emi =)

Monday, June 15, 2009

Special dedication to baba

Salam.

Alhamdulillah hari ni rasa kuat sikit untuk duduk menulis. Jadi kali ini umi nak menulis khusus untuk baba, suami yang tercinta, teman setia sepanjang masa. Insyaallah moga hingga ke syurga idaman kita semua.

Bila umi sakit, baba adalah insan yang umi rasa tenang dengan kehadirannya. Baba pula sedaya upaya memenuhi keperluan umi. Menemani umi di bilik bila ada di rumah. Sentiasa mengingatkan umi untuk bersabar. Alhamdulillah umi bersyukur di atas anugerah dan nikmat Alllah ini. Moga Allah mengganjari baba di atas segala kebaikannya pada umi. Umi harap umi juga diberi kekuatan yang sama untuk berbakti pada baba. Jazallahukhairan ba!

Sambungan Ukhuwwah Islamiyyah tertangguh sementara.

Friday, June 12, 2009

Alhamdulillah. Allahuakbar! Manisnya Ukhuwwah Islamiyah 1

Salam semua,
Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur umi panjatkan ke hadarat Allah S.W.T Yang Maha Agong, Maha Pengasih dan Maha yang telah memberikan setinggi-tinggi nikmat dan pertolongan kepada hambaNya yang serba daif.Dengan pertolongann Allah dan berkat doa semua pembedahan telah berjalan dengan lancar umi dalam proses untuk sembuh. Semoga anakanda semua serta sahabat yang dikasihi tidak jemu untuk terus mendoakan umi. Jazakumullahukhairan kaathiro.

First and foremost umi ingin nukilkan perasaan umi untuk dikongsi dengan anakanda semua agar kita termasuk dalam golongan orang yang pengasih, penyayang dan sentiasa mengambil berat urusan orang lain terutama yang dalam kesusahan dan kesulitan. Carilah apa cara untuk membantu mereka.

Terlalu banyak yang umi ingin nukilkan rasa penghargaan yang tak terhingga kepada sokongan anakanda semua serta sahabat yang dikasihi.

1. Mc Yati. Cuba sedaya upayanya untuk menenangkan dan memudahkan segala urusan umi dari sebelum operation hingga sekarang. she really make herself available for umi. tangguh segala urusannya termasuk untuk bercuti untuk memastikan dapat membantu umi. Bila sahaja diperlukan mc yati akan ada. maklumlah harapkan kak ila sorang kesian kak ila.kak anim pulak walau hatinya melonjak nak membantu tapi kerja tak mengizinkan. tu pun balik ke kerja singgah hospital dan balik malam. semalam bila umi nak balik mc yati dah sedia tunggu di rumah. Bila kak ila keluar uruskan hal ke jab agama, mc yati yang tunggu dan jaga umi macam kakak. layan semua keperluan umi. pakaikan setokin(train bihah),sikat rambut, pakaikan telekung,cepat-cepat ambik air bila umi batuk dan segalanyalah. tengah malam baru balik sebab kak ila buat banyak urusan. baba k.o semalam. Ya Allah mudahkan sahabatku ini dalam semua urusannya dan kurnikannya dengan jannatul firdaus.amin.

2.mh hajar.sentiasa membantu memudahkan urusan umi terutama yang di sekolah supaya umi tak risau. Halim menalipon dari makassar sebelum operation,mendoakan dan memberi kata-kata semangat untuk umi. kak khadijah telepon umi dari australia bertanya sehari selepas operation. terharunya punya anak murid yang menyayangi diri ini. mh hajar masakkan nasi bubur dan ikan haruan dan bawa ke hospital semalam. lap badan umi sebab belum mandi, sikatkan rambut dan bantu umi salin pakaian. Pak cik saad siap ajak mh hajar belikan kain batik untuk umi di labuan. berusaha untuk bagi umi happy. Ya Allah sentiasa berkati sahabatku ini dan kurniakan jannatul firdaus untuknya dan keluarga. amin.


Tu dulu. Penat. nak rehat.

bersambung....

Saturday, June 6, 2009

Sedutan dari "Ayah Penyuluh Hidupku"

Salam semua,

Di sini umi masukkan sedikit sedutan dari karya umi yang terbaru "Ayah Penyuluh Hidupku". Jeng je jeeeng......

Keadaan waktu itu tidaklah senang seperti sekarang. Ayah sangat tegas dalam menekankan tentang nilai wang dan kepentingan untuk membelanjakannya untuk sesuatu yang perlu dan bermanafaat sahaja. Pernah satu ketika ayah berkata kepada kami,”Kalau ayah tak bagi duit, boleh tak cari duit sendiri?” Kami semua terdiam. Tiba-tiba seorang adikku yang berumur enam tahun menjawab dengan yakin, ” Boleh!” katanya, ”cari di bawah rumah”, sambung adikku selamba. Jawapan itu disambut dengan gelak ketawa kami. Senangnya cara adik berfikir. Maklumlah masih kecil dan tak faham apa-apa. Namun itu sebenarnya jawapan yang jujur dari adik kerana rumah yang kami diami waktu itu berlantai papan. Ada di setengah tempatnya lantai agak jarang dan duit syiling biasa jatuh ke bawah rumah. Bila kami bermain di bawah rumah, biasalah terjumpa dengan duit syiling. Itulah kisah di sebalik jawapan adik itu.


Boleh teka siapa yang menjawab tu? Banyak lagi kisah-kisah yang mencuit perasaan tapi penuh pengajaran yang boleh didapati dari kisah sebenar ini. TUNGGULAH KELUARANNYA NANTI....... DAN JANGAN TERAGAK-AGAK UNTUK MEMBELINYA!

Iklan sikit! Promosi mesti bagus. hehehe


wassalam
ummi

Tuesday, June 2, 2009

Early Planning saves Time

Salam

Ini satu lagi cerita tentang Bihah. Satu ketika dulu kita semua pergi shoppping ke JJ.Adalah kita beli a few items. so bila sampai dalam pagar rumah, bihah dah sibuk mengatur. "Yang ni nenek bawa, yang ni che su bawa , yang ni bihah bawa" semua orang ikut ajalah. dan pada hakikat sebenarnya Bihah dah membantu mempercepatkan urusan nak keluar kereta dengan barang-barang tu.

Dalam hati umi , "bihah ni think ahead macamana nak cepat. so dia agih siap-siap tiap beg tu pada tiap orang. Betullah apa bihah buat . semua orang pun dapat turun dengan cepat tanpa perlu mencari apa yang nak kena bawa dan sape lagi blh bawa. Sedang orang lain masih leka, si kecil ini jugalah yang dah bersiap sedia. dan dia tak turun bawa diri dia je like other small kid at her age will do. Masyaallah. keep it up Bihah!
teratu orangnya

Ini cabaran untuk che su! come on che su. take this challenge.

a short one from
ummi