Thursday, December 24, 2009

Tarbiyyah Dzatiyah

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim:6

Tarbiyyah dzatiyah adalah siri tarbiyyah atau pembinaan diri individu Muslim agar terbentuk keperibadian yang sempurna dalam segala segi;
1. keimanan
2. akhlak
3. sosial
4. ilmiah
5. dll
Ini adalah untuk meningkatkan kualiti keimanan dan keislaman sehingga mencapai tahap kesempurnaan. Ianya adalah satu keperluan buat setiap muslim yang ingin berjaya di dunia dan akhirat sepertimana yang kita doakan setiap hari selepas solat dan di mana sahaja.

Dan di antara mereka ada orang yang berdoa "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".(QS. 2:201)

Sarana-sarana tarbiyyah dzatiyah;
1. Muhasabah
2. Taubat atas segala dosa
3. Mencari ilmu dan memperluas wawasan
4. Memperbanyak amal ibadah
5. Memperbaiki akhlak
6. Terlibat aktif dalam kegiatan dakwah
7. Mujahadah

Sebagai orang yang beriman pada Allah dan Hari Akhirat serta janji pembalasanNya maka kita kena sentiasa melakukan tarbiyyah dzatiyah. Kita tahu dan yakin bahwa apabila dihisab maka kita akan dihisab seorang-seorang. Apakah keputusan hisab kita nanti? Maka kita perlu melakukan persediaan setiap masa agar kita bersedia apabila kita dihisab nanti.

Ya Allah, jadikanlah kami orang yang sentiasa taat kepadaMu dan jauhilah kami dari kemaksiatan dan kemungkaran. Jauhkanlah kami dari kelekaan dan kelalaian. Jadikan kami orang thabat dan istiqomah di atas jalanMu. Sentiasa limpahkanlah keampunanMu kepada kami. Ikhlaskan kami dalam setiap 'amal dan terimalah amal-amal kami yang kerdil ini.
Amin ya rabbal 'alamin

Thursday, December 17, 2009

Renungan keinsafan

Salam semua.

Dalam perjalanan pulang dari kenduri kawin adik bangah tadi, kami singgah sekejap di hospital Metro tempat abg long tengah dialasis. Nak pulangkan balik kunci rumah abg long. Selepas kenduri tadi transit jap rumah abg long. Sempat jugalah umi dan baba rehat.

Bila masuk je kereta, kak ila bertanya pada baba. "Ba perasan tak tadi wanita muda tepi abg long ,tengah dialasis ?" "Ntahlah" jawab baba. Baba antara perasan dengan tidak sebenarnya. "Dulu dia selalu ditemani oleh suaminya masa dialasis" sambung kak ila. Dengar kak ila bercakap begitu umi dah mula timbul tanda tanya. Tak sempat umi meneka, kak ila menyambung, "Satu hari tu suaminya accident dan meninggal. Dia naik motor" Ya Allah! Dalam hati umi terssa sangat insaf di atas ujian yang diberikan kepada sesetengah insan. Mungkin mereka adalah insan terpilih yang Allah tahu kemampuan mereka.


Moga Allah meredhoi suami tadi dan meletakkan arwah bersama orang-orang yang beriman. Juga moga Allah mengurniakan kesabaran yang tinggi kepada wanita tadi dan memudahkan urusannya. Di usia yang muda terpaksa hidup dengan dialisis dan kini tanpa bantuan dan sokongan suami. Hanya Allah yang Maha Mengetahu segalannya. Namun kini ibu wanita itu yang menemaninya di hospital.

Begitulah pula kasih ibu. Tidak pernah jemu untuk membantu anak-anak sentiasa di sisi bila anak-anak dalam kesusahan. Mudah-mudahan anak-anak umi dan siapa jua yang membaca kisah ini, marilah kita bersyukur di atas segala nikmat Allah. Jika kita rasa kita susah, sebenarnya ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. Jangan kita hitung dan mengeluh tentang apa yang kita inginkan tapi belum dapat, tapi hitunglah apa yang telah kita dapat dan bersyukur kepada Allah. Moga Allah akan merahmati kita dan memberikan rezeki yang melimpah ruah. Juga sentaisa sematkan di hati untuk sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa.

FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15).


Semoga kita sentiasa dalam bimbingan Allah

ummi/nenek bihah