Friday, May 30, 2008

Ber'amalllah Walaupun Dengan Yang Nampak Kecil

Salam semua,
Saat umi menulis ini, hanya umi dan baba yang menghuni rumah di Rapat Setia ini. Kak Ila,Abg Long, Anim dan Bihah ke Johor menghadiri Kontarn, Umar ke sekolah untuk mejayakan program untuk KRJ Putera dan Puteri.Mawaddah pulak menyertai program tersebut. Dan abang sedang struggling for final exam next week. Umi percaya bangah pun bertungkus lumus di Makasar dengan usaha menamatkan pengajian dan program tarbiyyah dan dakwah. Nak balik hadiri kenduri angah che yah tak dapat sebab baba tak sihat untuk drive long distance. Dah sembang panjang lebar dengan che yah semalam. So kami ambillah kesempatan untuk settle beberapa urusan...Mudah-mudahan Allah memberkati segala usaha ini.

Mula-mula bawa barang recycle ke tempat jualannya, then kami singgah ke pasar untuk stok lauk di rumah. Well, dengan timbunan botol plastik, plastik dan sedikit paper lama tadi, dapatlah RM5.70. Tak banyak kan? Tapi umi percaya sedikit usaha yang kita lakukan secara berdikit dan konsisten akan tetap memberikan hasil yang boleh memberi manafaat pada akhirnya. Ya.... ini untuk Projek Dana Sekolah yang umi dipertanggungjawabkan. Jualan barang recycle... Sekolah cuti, so umi bawa sendirilah ke kedai. lagi pun nak compare semula harga dengan yang datang ambil di sekolah. Rasanya yang datang ke sekolah tu dah kira oklah price beliannnya.

Ya.. anakanda semua...... usahakanlah sesuatu untuk membantu usaha di jalan Allah ini walaupun dengan satu usaha yang nampak kecil. Umi amat menghargai sokongan yang diberikan oleh abg long dalam menjayakan projek ini. Sanggup kumpul botol dari Gurun dan bawa balik ke Ipoh. Ikut cerita kak ila pula, bihah pun dah paham, setiap botol yang ada dia tak bagi jual. Sepanjang dia di Gurun dan Langkawi baru-baru ni, sibuk dia tak bagi buang botol. "Buat balik kat nenek " katanya....... Jenuh juga kak ila dan abg long. Tapi semangat dan kefahaman bihah itu perlu kita ambil peluang untuk bentuk dia. Supaya dia faham ... she's doing it for a good course. Susah nak cari budak sebayanya yang prihatin begitu. Ambil kesempatan di atas potensi bihah untuk membentuk dia menjadi insan yang prihatin dan suka membantu serta ikut serta dalam usaha-usaha murni. As parents kita kena perhati semua tingkah laku anak kita agar kita boleh kembangkan yang baik dan hindarkan atau bendung yang tak baik dari awal lagi.

Usaha-usaha kecil begini, kalau kita buat dengan ikhlas , tetap ada nilainya di sisi Allah. Seperti kata Ust Ismail Kamus,"Lakukanlah walaupun sekecil-kecil 'amal kerana jika itulah yang Allah redha, entah-entah itu yang boleh membawa kita ke syurga dan jauhilah sekecil-kecil kejahatan, kerana jika Allah murka, bimbangnya itulah yang membawa ke neraka....Nauzubillah..... Itu menjadi pegangan umi. Buat apa yang kita boleh dan jangan tunggu. Bayangkanlah usaha sekecil itu jika semua ibubapa sekolah atau sesiapa saja yang ikut serta ,tentulah hasilnya akan menjadi sesuatu yang sangat bermakna. Boleh besarkan surau sekolah ke..... adakan bilik mesyuarat ke....tambah kebajikan untuk guru ke.....

Firman Allah yang bermaksud "Bertolong-tolonglah kamu dalam melakukan kebaikan ..........." Jadi kita mestilah menyahut seruan Allah ini.

Tu dulu. Dah berbau kek pisang dalam oven tu. Nanti hangus pulak. Pisang yang dibawa che nah tempoh hari.



umi

Monday, May 19, 2008

Saturday, May 10, 2008

Perjalanan Baru Bermula!! Semoga Istiqamah @

Tahniah kepada isteri tercinta doktor tasnim.
masih teringat...waktu nak tunggu keluar result hari tu...hanya Allah yang tahu...terasa seperti bangah plak yang nak dapat result....walaupun dah dapat bocoran result skit2 tapi selagi nama tidak diumumkan, selagi itu hati ni masih berdebar...betul cakap kak ila...macam mana nanti waktu kita tgh tunggu di hari akhirat nanti....samada menjadi ashabul yamiin, atau ashabus shimaal....menakutkan. tapi semuanya menjadi ketetapan Allah. manusia telah diberi pilihan di dunia. hidup memang penuh dengan pilihan. Semoga Allah selalu memberi kita hidayah dan kekuatan untuk selalu membuat pilihan2 yang terbaik dalam kehidupan sementara ini. Sama seperti ketika memilih untuk menjadi muslim. Itu juga sebuah pilihan.






Sedang berdebar-debar menunggu result!!










Alhamdulillah...akhirnya..
TAHNIAH DR.TASNIM

Thursday, May 8, 2008

Setinggi syukur dan sekalung tahniah

Salam semua,
Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah di atas nikmat yang diberikan kepada kita. Ya... kejayaan dalam mengejar cita-cita adalah satu nikmat yang besar yang dikurniakan Allah kepada kita. Secara khususnya hari ini adalah kejayaan anim dalam bidang yang dipilihnya. Umi mewakili semua mengucapkan tahniah di atas kejayaan anim. Segala penat lelah, stress dan kepayahan selama ini terubat jua dengan kejayaan yang dikurniakan Allah. Begitulah sifat pemurah Allah kepada hambaNya. Setelah kita menjalankan tanggungjawab kita terlebih dahulu, dengan usaha dan doa serta tawakkal, maka Allah memenuhi hajat kita.
Maka selepas ini bagaimana? Ya, kejayaan ini sebenarnya adalah alat untuk kita menjalankan tanggungjawab kita terhadap agama kita dan sesama makhluk Allah..Gunakanlah segala ruang dan peluang yang ada nanti untuk menyebarkan agama Allah kepada sekelian manusia di sekeliling kita. Mulakanlah dengan menjadikan diri kita orang yang memberi manafaat kepada orang lain.
Bukhari dan Muslim menceritakan Nabi Muhammad bersabda"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manafaatnya kepada orang lain"
Sungguh beruntung bagi mereka yang dikurniakan oleh Allah peluang berbakti kepada orang lain. Orang lain adalah ladang amalan kita. Apabila kita memiliki potensi lebih dari orang lain, kita mesti menanamkan niat memberi menafaat sebanyak-banyaknya kpada orang lain. Kelebihan yang ada pada kita hakikatnya adalah amanah yang diberikan oleh Allah dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
So anim and all, kita ada tanggungjawab kita masing-masing! Maka bersegeralah kita menjalankannya.
Last, Anim, tahniah! Semoga kejayaan ini membuka jalan untuk anim memperhebatkan amal di jalan Allah.
Not forgetting to say we are happy and proud of you! Moga Allah memberkati segalanya.

Umi

Thursday, May 1, 2008

Satu Pengalaman

Salam semua,
Dalam diri ini sentiasa tersimpan semangat yang tinggi untuk menyumbang di jalan yang mulia ini. Menyampaikan nikmat dan kemanisan Islam kepada semua. Namun kadang-kadang masih terbelenggu dengan rasa risau tak mampu untuk melakukannnya. Macamana nak cerita ya.....

Sebenarnya, bila nak kena buat program terutamanya yang "high-impact" sikit ,.... macam-macam perasaan ada. Boleh ke aku uruskan ni?....... kalau nak kena berucap depan khalayak ramai.....gementar pulak! Walaupun dah cuba atasi dengan menerima semua undangan untuk berceramah setakat ini...... masih kurang percaya pada diri. Agaknya sebab nature dari kecil dulu agak "introvert" Semenjak dalam dakwahlah diri ini mula berubah sikit untuk jadi "extrovert" . Keazaman dan pengalaman yang dilalui telah mengubah keadaan ini. Kalau tak rasanya entahlah.....

Tapi pertolongan Allah itu sentiasa bersama kita bila kita benar-benar berhajat untuk melakukannnya. Allah permudahkan dengan bermacam-macam cara. Ya... mudah-mudahan akan terlaksanalah apa yang sepatutnya kita laksanakan..........Usaha dan yakin .... itulah resepinya.

Itulah scenario yang kadang-kadang berlaku di kalangan kita apabila diberi tanggungjawab. Bukan tak nak buat...tapi macam-macam dilema ada. Oleh sebab itu kita hendaklah sentiasa menyelami masalah di kalangan kita dan membantu apa yang sepatutnya... agar akhirnya semua kita dapat mempertingkatkan keyakinan kita untuk memikul tanggung jawab yang lebih besar lagi. Bina , bantu, tampung ,sokong.......itulah antara keperluan dalam menjayakan satu-satu tanggungjawab bagi sesiapa sahaja terutama yang baru bermula.

Satu perkongsian pengalaman,
umi

Untukmu Hayati Para Pejuang...

Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan