Saturday, September 8, 2007

6th Wedding Anniversary

Salam all..

Bagi yg tak ingat..hehe..Kak Ila n Abg Long hari ni celebrate our 6th wedding anniversary on the same day as our wedding day (sabtu). Alhamdulillah Allah melimpahkan rahmat dan barokahNya pada rumahtangga kami dengan support yg sungguh jitu dari ahli keluarga yg lain. Yang paling penting kami masih thabat (tetap) di atas jalan dakwah warisan anbiya' ini dan semoga akan ditetapkan hati kami seluruh keluarga untuk terusan meniti jalan ini hingga ke ahir hayat.

Seperti yang dijelaskan oleh Fathi Yakan dalam bukunya yang kita semua sudah khatam insyAllah (wadah dah ke?..hmmm), 'Apa ertinya saya menganut Islam', sebagai seorang muslim, kita mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan masyarakat Islam dan menyampaikan Islam kepada masyarakat. Ini merupakan tabiat agama Islam. Oleh itu, sangat kritikal untuk kita membentuk sebuah rumahtangga muslim memandangkan keluarga adalah unit asas kepada masyarakat. Dengan menyampaikan Islam kepada keluarga kita dan seterusnya saudara-mara yang lain sepeti yang telah dilakukan oleh ar-Rasul s.a.w ia akan menjadi mangkin kepada usaha dakwah kita. Di samping itu menghasilkan sistem sokongan yang ampuh dalam memastikan kita terus ke hadapan dalam memenuhi tuntutan syahadah kita.

"Perkahwinan mestilah kerana Allah, yakni dengn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, untuk melahirkan keturunan yang soleh, keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah itu akan berterusan"
- Fathi Yakan

Melaksanakan perkahwinan mengikut apa yang telah ditunjukkan Islam (tujuan, pemilihan jodoh etc.)merupakan asas penting dalam mejamin terlaksananya tarbiyah Islam pada anak-anak.

Coretan ini untuk kak ila dan abg long refresh kembali dan mantapkan lagi asas serta hala tuju perkahwinan kami. Hopefully, dapat juga jadi panduan bagi yg belum dan nak kahwin (abg ke?..umar, wadah dan lain2) serta yg dah kahwin untuk sama2 kita refleks semula...

"hai orang2 yg beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu...." (At-Tahrim:6)

"Ya tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yg bertaqwa.." (Al-Furqaan:74)

Saturday, September 1, 2007

Sense Of Urgency

Salam,

Umi nak ajak kita semua untuk cuba apa yang baba sebut sebelum ni. Umi nak sentuh satu aspek saja dari apa yang dikatakan "what we are/do while achieving the goal/s.
That is sense of urgency in everything that we want to do. Lawan sense of urgency ni rasa umi "proscrastination"-selagi boleh tangguh kita nak tangguh. Ini kelemahan besar kita. So from now on kita kena improve our sence of urgency. Kita kena rasa setiap tindakan tu penting dan memerlukan tindakan segera. Kita koreksi diri kita masing-masing dn tengoklah sendiri sejauh mana setiap kita kena improve in this matter. Umi rasa ini adalah antara kunci kejayaan. Kita tak boleh 'cool" sepanjang masa. Dalam Islam semua sifat tu bagus cuma ia mestilah diletakkan di tempatnya.
Kita kena marah bila patut marah, kita kena sabar bila patut sabar, and so on. But in almost all good intentions we need sense of urgency to make it happen. Umi tak sempat nak rujuk ayat quran or hadith.kalau sempat nanti umi masukkan later.tapi sape jumpa dulu tolong masukkanlah ya.

Umi rasa tu dulu. Sama-samalah kita menjadikan hari kita yang seterusnya lebih baik setiap hari. Selagi Allah masih meminjamkan pada kita umur kita.

salam sayang,
ummi