Thursday, July 26, 2007

School Of Life

Salam,
Hari ini umi rasa terpanggil untuk mencoret sedikit buat tatapan suami tercinta,anak-anak dan menantu yang amat umi kasihi. Lagipun nak paksa diri ini untuk cuba menulis.
School Of Life: ya ,banyak perkara yang kita pelajari dan akan pelajari dalam kehidupan ini. Tidak sepatutnya ada perkara yang berlaku dalam kehidupan kita dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa mengambil iktibar daripadanya. Mengambil iktibar dan membuat perubahan ke arah yang lebih baik itulah sebaik-baiknya bagi seorang muslim. Kerana hari ini sepatutnya lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Itulah pegangan dan tekad kita.

Dalam kehidupan juga kita harus sedar bahawa tidak semua yang kita idamkan boleh kita dapati. Ada yang kita dapati seperti yang kita harapkan dan pada masanya, ada yang kita dapati setelah menunggu begitu lama dan ada yang langsung kita tak dapat. Kita harus mendidik diri kita agar menerima segala itu sebagai hikmah setelah kita berusaha dan berdoa. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Memang kadang-kadang terasa begitu berat di hati bila melalui keadaan yang menguji kesabaran kita. Umi sendiri banyak melaluinya dan umi sentiasa mengingatkan diri umi "inilah pengalaman hidup.aku mesti belajar untuk menerimanya,bersabar dan terus berdoa.jika aku berjaya melaluinya akan kukongsi pengalaman ini dengan orang lain." Umi akan melaluinya walaupun dalam keadaan tawa dalam tangis. Dalam hati akan tetap ada kepuasan kerana kita berjuang melaluinya. Kita tidak mengaku kalah.

Oleh itu, anak-anak dan menantu serta cucu yang umi kasihi, marilah kita ikhlaskan hati kita, kita bertolong-tolong dalam melakukan kebaikan walaupun sekadar kita memberi semangat sesama kita. Tingkatkan daya juang dalam diri kita, kerana kita akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T. Let's maintain a team! Kita kuatkan antara satu sama lain. Mudah-mudahan baroqahnaya ada di sana.

Let's start sharing our experince in life! Sharing knowledge about life!

Salam sayang teramat sayang dari,
Ummi