Thursday, August 27, 2009

Pohon Apel

Salam semua.
Maaf ya ,tajuk kali ini dalam bahasa indon. sebab cerita pokok apel ni dalam buku yang bangah bawa balik tu.
Pagi Rabu yang lepas muallim zul talipon umi minta bagi tazkeerah dekat anak-anak di surau depan rumahnya lepas asar. Program tersebut ialah Program Pesantren Ramadhan. Yang hadir ialah anak-anak dari umur sekolah rendah hingga 17 tahun. Susah juga tu.
Petang tu juga nak kena bagi tazkeerah tu. "Nak bagi tentang apa muallim" tanya umi pada muallim. Mulai risau sebab short notice tapi perangai umi kalau orang dah tanya rasa takde alasan nak menolak. Mesti cuba. "Bagi pasal 10 muasofat pun takpe.tekan juga hubungan dengan ibu bapa" kata muallim. "oklah" sahut umi. Kebetulan kelas tambahan cuti sekolah untuk UPSR umi dah selesaikan 2 hari lepas. So pagi ni freelah.

Umi pun mulalah cari bahan dan Alhamdulillah jumpalah sedikit syarah tentang 10 muasofat tu. Dan terus teringat cerita pohon apel dalam buku Bunda Maafkanku.Cerita ni berkenaan dengan kasih ibubapa dan pengorbanan mereka. Very nice story-simple analogy tapi tepat. Masa baca cerita tu rasa sangat syahdu.

So masa permulaan ceramah tu lepas buat muqaddimah sikit, umi pun beritahu pada anak-anak tu umi akan hadiahkan satu cerita kalau mereka dapat menumpukan perhatian kepada apa yang umi sampaikan. Terpegun jugalah mereka mendengar cerita tu.
Masa muallim zul mengulas, terbabas pulak, dari pohon apel jadi pohon kelapa. "Yelah" kata muallim. "Orang malaysia ni ingat pokok kelapa jelah" sambil tersenyum.

Sebelum tu umi ucapkan tahniah pada semua peserta kerana telah berjaya menghadirkan diri dalam program pesantren ramadan yang dianjurkan. Ia adalah satu mujahadah buat mereka. Apa taknya ,mungkin anak-anak yang lain tengah sedap tidur atau menonton tv waktu tu. Tapi mereka sanggup duduk di surau dan mendengar pengisian rohani. Alhamdulillah. Moga mereka akan membesar dan menjadi pejuang di jalan Allah.
Mengambil iktibar dari anak-anak ni, jom kita sama-sama kuatkan lagi tekad untuk semarakkan ramadhan. Moga ramadahan kali ini lebih baik dari yang lepas.

Alhamdulillah Allah berikan umi kesihatan yang baik dan rasa bertenaga ramadhan kali ini. Malam ni akan masak untuk anak usrah baba. usrah dan iftar kat rumah. Moga Allah akan terus mengurniakan kesihatan yang baik dan dapat terus melipatgandakan amal di atas jalanNya.
Cerita sebenar Pohon Apel ni umi akan masukkan as next posting. Tunggu yaa.

Thursday, August 13, 2009

Moga Membantu

Salam.

Dua hari lepas, waktu tenghari selepas kelas di sekolah, umi melihat ada 'miss call' di telefon bimbit umi. "Siapa yang menalipon ini?" hati umi berkata-kata kerana nombor itu tiada dalam simpanan umi. Umi pun mencapai telefon dan terus membuat panggilan ke nombor tersebut.
"Assalamualaikum." Umi memberi salam. "Kak Mah , ni S " Pada mulanya umi ingatkan Mak cik S yang pernah mengajar di Hidayah tu.Tapi suaranya bukan begitu.Dalam umi cuba memikirkan siapa sebenarnya S ini, dia meneruskan memperkenalkan dirinya. "Ni S yang Kak Mah jumpa masa beri ceramah di Temoh dulu" MashaAllah! S ini adalah antara peserta yang mendengar ceramah keibubapaan yang umi sampaikan dalam satu program lebih kurang 2 tahun lepas.
"Kak Mah, S ada masalah sikit. S nak tanya pendapat Kak Mah. S ada masalah dengan anak S.Dia tinggal di asrama dan sekarang ni dia ada masalah akhlak. Dia melawan cakap guru dan mempersendakan apa yang disuruh oleh guru" terus S. "Macamana S nak buat?" Rupanya dia ada masalah dengan anaknya. "Berapa umur anak S" tanya umi untuk cuba memahami keadaan. "Dia darjah 6 sekarang. Masa darjah 5 dulu dia baik" sambung S. " S rasa apa puncanya dia jadi begini" tanya umi untuk terus memahami keadaan. "Kawan dialah Kak Mah.Memang kawan dia nakal-nakal dan dia mudah mengikut."
"Kalau pengaruh kawan ni memang susah kecuali kita keluarkan dari sekolah tu" umi menjawab. Cuma bukan sekarang sebab dia pun akan menghabiskan darjah 6. Umi memberikan pandangan berdasarkan kisah-kisah anak bermasalah di sekolah asrama disebabkan oleh pengaruh kawan. Bukan mudah untuk keluar dari "kumpulan begitu" jika masih ditempat yang sama. Mungkin diugut,boikot atau paling tidak akan disusahkan. Ataupun dah terikat sangat sebab sesama mereka ni ,mereka sangat akrab dan saling menjaga satu sama lain.
"Macamana hubungan S dengan dia" umi bertanya. "Dia baik dengan S. Baik sangat.Dia baik kat rumah." sambung S. "Kalau begitu S gunakan kelebebihan ini untuk lebih rapat dengan dia. Nasihati dia secara seorang dengan seorang" ,saran umi pada S. "ooo. S selalu marah dia depan adik-adik.Tak boleh ya Kak Mah? tanya S. "Aah, tak boleh sebab itu akan menjatuhkan maruahnya di depan adik-adik. Dia akan malu dan rasa tercabar. Kalu dia buat baik, ambil kesempatan puji depan adik-adik. Itu akan meyebabkan dia rasa berguna dan dihargai" sambung umi. "Baiklah Kak Mah S akan cuba buat apa yang Kak Mah cadangkan. Terima kasih banyak-banyak. Minta maaf sebab S ganggu Kak Mah" sambung S lagi."Jangan begitu S. S tak menganggu cuma Kak Mah harap apa yang Kak Mah cadangkan itu dapat membantu. Talipon je bila-bila masa S rasa nak bertanya apa-apa" umi cuba meyakinkan S yang umi tak kisah jika dia menalipon umi untuk meminta pandangan. Moga apa yang umi sarankan pada S dapat membantu sedikit sebanyak masalahnya dengan anak lelaki sulungnya. Mudah-mudahan Allah akan membantunya dan memberkati usahanya untuk mendidik anak-anaknya.
Setelah 2 tahun, rupa-rupanya kesan kepada ceramah umi masih melekat pada pendengar yang hadir waktu itu. Umi berharap umi akan berpeluang untuk mebantu lebih ramai para ibu dan juga bapa dalam mendidik anak-anak. Umi juga berdoa agar anak-anak dan menantu(yg juga anak umi) akan dapat menjadikan diri contoh buat orang lain. Sesungguhnya kita mengharapkan agar apa yang kita lakukan itu dapat menjadi 'amal jariah yang bakal membantu kita apabila kita sudah tidak ada lagi di dunia ini.

Moga Membantu

Sunday, August 9, 2009

Menghargai nikmat kesihatan

Salam,

Kebelakangan ni ramai yang tak sihat. baba pun kurang sihat sejak minggu lepas.bermula dengan batuk dan demam.sekarang demam dah takde tapi badan agak lemah. Hari ni pulak perut pula tak selesa. 2 hari mc minggu lepas. Nak buat kerja pun tak tentu hala. 'Umar pula resdong teruk .pastu rasa panas badan dan mata. Mudah-mudahan semuanya sembuh dengan sempurna. amin

Lepas tu dengar pula berita sahabat-sahabat yang diuji Allah dengan penyakit kanser dan sebagainya. Ya Allah, ringankan kesakitan dan sembuhkanlah sahabat-sahabat kami. Kurniakan kekuatan kepada mereka dan juga ahli keluarga mereka. Kurniakan kami kesihatan yang baik. Hanya Allah tempat kita bergantung dalam setiap perkara. Perhebatkanlah doa kita.

Oleh itu kita gunakanlah peluang yang masih ada pada kita ini untuk menjadi hambaNya yang taat dan sempurnakan tanggungjawab yg ada dan yang diberikan kepada kita. Jika yang masih belajar,maka berilah sepenuh tumpuan dan usaha.(Wadah, ingat ni baik-baik ya). Allah telah menjanjikan dalam al-quran bahawa Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu beberapa darjat.

Ilmu yang kita perolehi hendaklah mampu untuk memacu dan membawa kita kepada tujuan kehidupan kita di muka bumi ini. Yakni sebagai hamba Allah dan sebagai khalifahnya.

Setiap perkara yang kita lakukan hendaklah dimulai dengan muhasabah, samada ianya bermanafaat atau tidak disisi Allah. Setelah itu juga kita melakukan muhasabah sekali lagi. Untuk melihat sejauh mana yang telah kita lakukan dan apa kebaikan yang telah kita perolehi atau manafaatnya kepada orang lain.. Atau pun adakah kita telah tersilap dalam mana-mana langkah kita. Jika ada kesilapan maka kita perbaikilah. dan jika ianya baik maka tingkatkanlah. Muhasahah sebelum dan selepas ini sangat penting dalam hidup kita sebagai seorang muslim.
Apa yang penting ialah kita sentiasa berubah kepada yang lebih baik

Semoga semua dikurniakan kesihatan yang baik terutamanya bangah yang takde berdekatan buat masa ni. Dan banyakkan berdoa untuk setiap urusan.

ummi