Thursday, August 13, 2009

Moga Membantu

Salam.

Dua hari lepas, waktu tenghari selepas kelas di sekolah, umi melihat ada 'miss call' di telefon bimbit umi. "Siapa yang menalipon ini?" hati umi berkata-kata kerana nombor itu tiada dalam simpanan umi. Umi pun mencapai telefon dan terus membuat panggilan ke nombor tersebut.
"Assalamualaikum." Umi memberi salam. "Kak Mah , ni S " Pada mulanya umi ingatkan Mak cik S yang pernah mengajar di Hidayah tu.Tapi suaranya bukan begitu.Dalam umi cuba memikirkan siapa sebenarnya S ini, dia meneruskan memperkenalkan dirinya. "Ni S yang Kak Mah jumpa masa beri ceramah di Temoh dulu" MashaAllah! S ini adalah antara peserta yang mendengar ceramah keibubapaan yang umi sampaikan dalam satu program lebih kurang 2 tahun lepas.
"Kak Mah, S ada masalah sikit. S nak tanya pendapat Kak Mah. S ada masalah dengan anak S.Dia tinggal di asrama dan sekarang ni dia ada masalah akhlak. Dia melawan cakap guru dan mempersendakan apa yang disuruh oleh guru" terus S. "Macamana S nak buat?" Rupanya dia ada masalah dengan anaknya. "Berapa umur anak S" tanya umi untuk cuba memahami keadaan. "Dia darjah 6 sekarang. Masa darjah 5 dulu dia baik" sambung S. " S rasa apa puncanya dia jadi begini" tanya umi untuk terus memahami keadaan. "Kawan dialah Kak Mah.Memang kawan dia nakal-nakal dan dia mudah mengikut."
"Kalau pengaruh kawan ni memang susah kecuali kita keluarkan dari sekolah tu" umi menjawab. Cuma bukan sekarang sebab dia pun akan menghabiskan darjah 6. Umi memberikan pandangan berdasarkan kisah-kisah anak bermasalah di sekolah asrama disebabkan oleh pengaruh kawan. Bukan mudah untuk keluar dari "kumpulan begitu" jika masih ditempat yang sama. Mungkin diugut,boikot atau paling tidak akan disusahkan. Ataupun dah terikat sangat sebab sesama mereka ni ,mereka sangat akrab dan saling menjaga satu sama lain.
"Macamana hubungan S dengan dia" umi bertanya. "Dia baik dengan S. Baik sangat.Dia baik kat rumah." sambung S. "Kalau begitu S gunakan kelebebihan ini untuk lebih rapat dengan dia. Nasihati dia secara seorang dengan seorang" ,saran umi pada S. "ooo. S selalu marah dia depan adik-adik.Tak boleh ya Kak Mah? tanya S. "Aah, tak boleh sebab itu akan menjatuhkan maruahnya di depan adik-adik. Dia akan malu dan rasa tercabar. Kalu dia buat baik, ambil kesempatan puji depan adik-adik. Itu akan meyebabkan dia rasa berguna dan dihargai" sambung umi. "Baiklah Kak Mah S akan cuba buat apa yang Kak Mah cadangkan. Terima kasih banyak-banyak. Minta maaf sebab S ganggu Kak Mah" sambung S lagi."Jangan begitu S. S tak menganggu cuma Kak Mah harap apa yang Kak Mah cadangkan itu dapat membantu. Talipon je bila-bila masa S rasa nak bertanya apa-apa" umi cuba meyakinkan S yang umi tak kisah jika dia menalipon umi untuk meminta pandangan. Moga apa yang umi sarankan pada S dapat membantu sedikit sebanyak masalahnya dengan anak lelaki sulungnya. Mudah-mudahan Allah akan membantunya dan memberkati usahanya untuk mendidik anak-anaknya.
Setelah 2 tahun, rupa-rupanya kesan kepada ceramah umi masih melekat pada pendengar yang hadir waktu itu. Umi berharap umi akan berpeluang untuk mebantu lebih ramai para ibu dan juga bapa dalam mendidik anak-anak. Umi juga berdoa agar anak-anak dan menantu(yg juga anak umi) akan dapat menjadikan diri contoh buat orang lain. Sesungguhnya kita mengharapkan agar apa yang kita lakukan itu dapat menjadi 'amal jariah yang bakal membantu kita apabila kita sudah tidak ada lagi di dunia ini.

4 comments:

ummu_abdullah said...

subhanallah, ingat lagi makcik s tu walaupun dah lama ceramah yg diikutinya.

kerisisiah said...

Ainul ya. Itulah yang mak cik mah terkejut bila dapat call tu. tapi audience di Temoh masa tu memang sangat menghargai bimbingan yang diberi oleh kita. Lepas ceramah masa tu , terpaksa spend almost one hour melayan mereka secara peribadi dengan macam-macam masalah. Ada yang menangis. They are very concerned about their children.

ummu_abdullah said...

"They are very concerned about their children"

Bagusnya.

Nak minta pendapat makcik atau sesape lah. Dalam perancangan, saya nak buat seminar untuk ajar anak membaca. ada sorang kakak yang tinggal kat kubang kerian minta saya anjurkan. sebab dia ada buat buku/modul maca buku bacalah anakku tu. Plan nak buat di ipoh. Ada sapa2 boleh bantu dari segi tempat, makanan, dan sebagainya. Sebab saya tak pernah anjur seminar yang besar2 ni...

Kalau ada yang boleh membantu bagitahu lah ye... nanti saya contact. =)

kerisisiah said...

Salam,
Maaf ainul, baru dapat respon. ttg program tu blh tak bagi detail sikit. ainul organise atas nama individu or apa2 organisation. supaya senang mak cik mah cari the right person yang boleh tolong.dan bila plan nak buat.targer audience berapa ramai?