Tuesday, November 24, 2009

Nak Jadi Insan Rabbani..Tapi macam mana?

Assalamualaikum wrm wbt,


Sobahul khoir! Semoga saat kita membaca posting ini jarum iman-o-meter kita di paras lebih baik dari semalam...kalau tidak, semoga dengan membaca posting ini, dapatlah membuatkan kita duduk berfikir dan beriman sejenak, muhasabah dan berdoa agar kita digolongkan di dalam golongan yang dipelihara olehNYA. Amin.

Selepas solat subuh tadi, aku terpandang sebuah diari hitam..tiba-tiba terdetik di lubuk hati,



"Eh..macam kenal aje diari ni..."



Ku merangkak dari sejadah menuju ke mini library yang kucipta hasil bantuan anak saudara ku. Apabila kucapai diari hitam itu, rupanya kudapati itu adalah diari usrahku dan teman sejatiku sepanjang pemusafiranku di bumi UK.



Ku berkata lagi pada diri ini,


"Sedihnya..buku ni guna untuk salin aje, lepas tu tutup balik, bila nak guna buka balik...begitulah peraturannya...kenapa tak digunakan detik masa lapang yang Allah beri untuk ulangkaji semula, hadamkan dan amalkan balik ilmu tu?"

Ku terfikir, sepanjang bermusafir aku tidak pernah hairan dengan ketiadaan peti televisyen di tempat kediaman ku. Jangan salah faham pulak..aku tidak mengatakan televisyen itu membawa keburukan sahaja..tidak..sama sekali tidak..sebagai daie banyak pengajaran boleh kita perolehi dari menonton rancangan2 ilmuan, cerita2 tentang kehidupan dan sejarah2. 'Ala kulli hal, bagiku sendiri, jika aku duduk menghadap kotak televisyen itu, aku rasakan seakan-akan aku telah mensia-siakan kekayaan masa yang Allah hadiahkan kepadaku pada waktu itu..teringat pula pada kata-kata naqibahku semasa halaqah Al-ansari,

"Ingat ye adik2, Allah bagi kita 5 perkara sebelum Allah datangkan 5 perkara:

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w., antara lain menyatakan perguna lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati"

Setelah mendengarkan kata2 ini bila mana aku merasakan ada masa lapang, maka akan kuambil peluang itu untuk membaca, mentelaah dan brainstorm sesama ahli usrah. Tujuannya adalah untuk menambah ilmu kerana tanggungjawab yang dipikul memerlukan aku untuk 'constantly learning and updating my knowledge' agar perkataan yang ku lafaz dan tindakanku tidak tersasar dari matlamatku sebagai seorang daie. Allahua'lam.

Apabila dibicarakan pula tentang ilmu, teringat pula kata2 dari Abu Bakr As Siddiq.

"Without knowledge action is useless and knowledge without action is futile"
"Tanpa ilmu amalan adalah sia-sia dan ilmu tanpa amalan tiada gunanya"

Aku bertanya lagi pada diri ini,

"Apa gunanya kalau ilmu tu sekadar coretan sahaja? Ke mana perginya cinta ilmu itu? Macam mana nak jadi insan rabbani kalau tips2 untuk menjadi insan rabbani tu dibiar mereput bersama kertas2 didalam diari tu?"

Aku pun menyelak helaian demi helaian di dalam diari hitam itu. Setiap helaian dan coretan didalamnya semuanya meninggalkan memori yang perlbagai. Tiba-tiba aku terhenti di satu helaian yang bertulis ayat tanya, "Macam mana nak jadi insan rabbani?" Subhanallah, aku tersenyum..mmg ku ingat aku pernah melalui perbincangan ini, tp tak ku perasan yang aku ada mencoretkannya. Aku pun terus membacanya dari satu ayat ke ayat seterusnya...

Macam mana nak jadi insan rabbani?


01. Jadikan semua urusan kita "lillah hi ta'ala - kerana Allah" --> hadirkan Allah di dalam diri kita setiap masa.

02. Sentiasa merasakan kehadiran Allah --> ini adalah puncak amalan kita

03. Perbanyakkan amal soleh dan ketaatan

04. Jadikan " ALLAH ADALAH MATLAMAT KITA"

05. Suburkan iman --> Gunakan setiap waktu untuk menambah iman,

06. Realisasikan ukhuwwah sesama kita --> berlapang dada iaitu puncak ithar.

07. Tingkatkan amalan dan praktikkan nilainya di dalam hidup kita.



Hmmm...barulah ku ingat kembali betapa pentingnya untuk terus menerus membersihkan jiwa dan hati ini kerana sesungguhnya manusia mudah lupa dan alpa. Ku bertekad selepas ini, akan ku gunakan masa selepas solat subuh untuk mengulangkaji semula nota-nota usrahku atau membuat hafazan agar hati ku ini sentiasa dibasahi dengan pengisian ruhhiyyah. Biiznillah.



Wallahua'lam

Sunday, November 8, 2009

Kerinduan

Salam.
Sejak akhir-akhir ini umi berkesempatan untuk menziarahi beberapa sahabat yaang akan berangkat menunaikan ibadah haji di Mekah.
Teringat saat-saat umi sendiri menunaikan haji pada tahun 2003. Bagaimana bila kita bulatkan tekad untuk menunaikan tuntutan agama, Allah memudahkan urusan kita. Bermula dengan diizinkan Allah untuk pergi bersama-sama dengan adik beradik. Ayah long,mak long,che nah dan ayah weil. Kemudian Allah izinkan miqdad dan izzah untuk ikut serta di saat akhir.
Kemudahan, dengan tidak disangka-sangka mak cik aya offer untuk jaga mawaddah. Ya Allah , sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terkandung di hati kami....Dan Engkau jualah yang meringankan urusan kami. Pada makcik aya, pak cik khusairi sekeluarga, umi dan baba tak akan lupakan jasa mereka yang telah memudahkan kami untuk menunaikan ibadah haji dengan tenang. Moga Allah mengganjari mereka dengan syurga firdaus di atas keihklasan mereka sekeluarga. Kepada anak-anak umi ingin berpesan, hormati dan kasihilah mereka ini selama hayat mereka.
Di masa yang sama timbul kerinduan dalam hati ini untuk paling tidak menunaikan umrah di kedua tanah suci ini..'umar hari tu pun ada sebut keinginannya untuk melakukan umrah... Mudah-mudahan Allah makbulkan hasrat ini.
Masa umi berada di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram tempoh hari memang terbayang-bayang betapa seronoknya kalau anak-anak dapat bersama untuk merasai nikmatnya beribadah di kedua tanah suci ini.
Kepada sahabat-sahabat yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini, moga dipermudahkan segala urusan,dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat meyempurnakan ibadah haji serta dikurniakan haji mabrur.
Moga berkesempatan lagi untuk ke sana.

Sunday, November 1, 2009

"Memaknusiakan Manusia"

Salam.
Dua minggu lepas umi hadir Seminar Falsafah Pendidikan Islam di INTIM. Penceramahnnya Dato Siddiq Fadhil. Puas hati dengar penyampaiannya walaupun kita dah faham sebab beliau bukan bercakap teori semata. Dia berkongsi penghayatan dan perjuangannya selama ini. Dalam bidang pendidikan. Kita tahu dia adalah orang yang 'walk his talk'. Bila dengar dia bercakap ,kita rasa tidak keseorangan dalam perjuangan ini. Berjuang untuk mendidik ummah.
Ringkas dan mudah tugasnya boleh disebut "Memaknusiakan Manusia". Kalau bahasa kampungnya mak bapak selalu kata'Ajarlah/didiklah anak saya, macamana caranya pun, asal jadi manusia'. Siapa yang jadi pendidik mesti biasa dengar ucapan ni kan?

"Memaknusiakan manusia".....sekali dengar, pelik bunyinya kan? Tapi itulah sebenarnya tugas pendidik. Tak kiralah guru ke ibu bapa ke atau siapa saja yang faham erti pendidikan Islam. Itulah proses yang nak dilaksanakan dari falsafah pendidikan Islam yang kita pegang.
Bukan senang kan? Kita yang perlu menyediakan diri kita terlebih dahulu. Dari pelbagai sudut.
1 kefahaman
2 amalan
i. untuk diri sendiri sebagai orang yang menghayati dan mendokongnnya.Demi redha
Allah
ii. sebagai qudwah hasanah - penting sebab kesannya lebih melekat di hati.

3. kemahiran untuk memberi faham sehingga boleh dihayati oleh mad'u kita
Macam-macam cara dan kemahiran yang perlu kita guna dan kuasai. kreativiti dan
fleksibiliti mengikut suasana juga penting. Bertindak dengan hikmah juga memberi
memberi kesan berbeza. "HIKMAH ialah barang kepunyaan orang muslim yang hilang.
Siapa yang menjumpainya adalah beruntung"

Jadi kita kena buat dengan kefahaman akan kepentingan dan keperluannya. Then do it with patience and passion. Itulah sebenarnya pendidikan atau tarbiyyah. Untuk melahirkan manusia yang faham fungsi dan peranannya sepertimana yang telah digariskan oleh Islam.

Kalau kita berjaya melakukannya sehingga membentuknya seperti MLM ,inshaallah itulah amal jariah kita, bekal kita , teman kita di kala kita tiada lagi di dunia ini.
Ayuh! kita semua tingkatkan semangat kita untuk terus menjalankan tugas yang mulia ini. Bermula dengan anak-anak di rumah, anak-anak murid/pelajar di sekolah dan siapa saja yang memerlukan khidmat kita. kita ambil tanggung jawab yang mulia ini!

Begitu juga tugas para doktor. Memberi khidmat secara langsung dengan manusia yang memerlukan. Sungguh mulia tugasnya!

Semangat! Semangat! Semangat!

Ikhlaskan diri.....Moga Allah terima 'amal kita semua .amin.

Salam kasih sayang untuk semua pembaca.