Thursday, February 26, 2009

Selamat Hari Lahir Umi =)

Assalamualaikum wrm wbt family members & A very Happy Birthday to Our Dearest Umi!

Semoga antum berada di dalam kemanisan iman dan amal biiznillah.

Selamat hari lahir Umi. Semoga umi sentiasa tsabat dan istiqomah di jalan ini. Semoga Allah memberkati setiap saat di dalam umur umi yg digunakan towards spreading our Deen biiznillah. Kami anak2 umi sentiasa mendoakan kesejahteraan umi dan baba. Semoga umi sentiasa tabah dalam menghadapi segala mehnah dan fitnah dgn jiwa yg cekal inshaAllah.

Sempena hari lahir umi ni...kami teringat hadith ttg ibu:
The prophet saw once told us that we must obey Allah and His Messanger all the time. But after that who else did he tell us to listen to and to be closed to? Our Mother...who next? our mother? who next? our mother...and then our father. We love you umi. Allah sahajalah yg boleh membalas segala jerit payah dan dugaan2 yg perlu dilalui utk membesarkan kami. Semoga Allah menjadikan kami sekuat umi.

Uhhibuki Umi Fillah Abadan Abada
Abg dan Emi

Monday, February 16, 2009

Allah maha penyayang



assalamualaikum semua,
Pada pukul 5.37 ptg tadi, Dr Fauziah mengesahkan buah pinggang abglong sudah hampir rosak sepenuhnya. Walaupun kita semua berdoa agar ini tidak berlaku, tetapi semuanya terletak kepada kekuasaan Allah. Allah yang memberi kita nikmat, Dia jualah yang menariknya semula.
Walaupun sedih, Abglong redha dengan ujian ini. Abglong bersangka baik dengan rab pencipta kita semua. Abglong berdoa agar ujian ini menjadi pemangkin iman kepada Ilahi.  Mungkin banyak dosa Abglong terhadap-Nya.
Apa yang bermain2 di fikiran Abglong sekarang ialah bagaimana hendak menguruskan kehidupan Abglong sekeluarga selepas ini. Abglong perlukan doa dan sokongan moral dari semua.
Abglong berterima kasih kepada baba, umi, cik kama, anim, mawaddah dan semua yang mengambil berat dengan abglong.
Semua orang ada ujian masing2, bersesuaian dengan kemampuan, Firman Allah, 
...ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya... (Al-Baqarah:284)

Sudi abglong nasihatkan kepada semua, hadapilah sebarang ujian dari Allah itu dengan tabah, bersabar dan bersolat....semoga darjat kita bertambah di akhirat kelak....Apa yang ada di dunia ini adalah sementara sahaja, kehidupan di akhirat itulah yang abadi.....

Thursday, February 12, 2009

Happy 28th Anniversary Umi and Baba

Assalamualaikum,

Hari ini genap 28 tahun perkahwinan umi dan baba (kak ila pun makin tua huhu..). Tahniah buat umi dan baba kerana telah bersama-sama membina rumahtangga kalian dengan cemerlang dan syariah-compliance. Kami sebagai anak-anak sangat beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga yang dikemudi oleh both of you. Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur buat Allah Ar-Rahim.. Umi dan baba complete each others. Semoga Allah mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang antara kalian berdua dan memberikan mawaddah wa sakinah yang berterusan dari rumahtangga ini. (kami kena berperanan la kan..huhu) Moga umi dan baba terus bersama di dunia dan syurga (dengan rahmat Allah ameen) kelak...