Thursday, February 26, 2009

Selamat Hari Lahir Umi =)

Assalamualaikum wrm wbt family members & A very Happy Birthday to Our Dearest Umi!

Semoga antum berada di dalam kemanisan iman dan amal biiznillah.

Selamat hari lahir Umi. Semoga umi sentiasa tsabat dan istiqomah di jalan ini. Semoga Allah memberkati setiap saat di dalam umur umi yg digunakan towards spreading our Deen biiznillah. Kami anak2 umi sentiasa mendoakan kesejahteraan umi dan baba. Semoga umi sentiasa tabah dalam menghadapi segala mehnah dan fitnah dgn jiwa yg cekal inshaAllah.

Sempena hari lahir umi ni...kami teringat hadith ttg ibu:
The prophet saw once told us that we must obey Allah and His Messanger all the time. But after that who else did he tell us to listen to and to be closed to? Our Mother...who next? our mother? who next? our mother...and then our father. We love you umi. Allah sahajalah yg boleh membalas segala jerit payah dan dugaan2 yg perlu dilalui utk membesarkan kami. Semoga Allah menjadikan kami sekuat umi.

Uhhibuki Umi Fillah Abadan Abada
Abg dan Emi

3 comments:

kerisisiah said...

Waalaikumussalam,
Jazakallahukhairan kathiro abg dan emi atas ingatan, ucapan, penghargaan, doa serta semangat yang diberikan. Semoga Allah makbulkan doa anakanda berdua.amin.

Umi berharap kita semua sentiasa dalam rahmah dan kasih sayang Allah.Sentiasa dalam keredhoanNya dan sentiasa diberi kekuatan untuk beramal di atas jalanNya. Moga apabila kita dijemput Allah kelak , kita berada dalam husnulkhatimah.
Pagi tadi pun ayah lan tel untuk mengucapkan selamat hari lahir untuk umi dan diikuti dengan pesanan ,perangsang dan never ending support untuk umi in every way. He has always been a very dear brother to umi.suasana yang sungguh syahdu di pagi hari. the best ever greetings and conversation sempena birthday umi from him. May Allah shower him and the family with His blessings.
Begitulah juga dengan anak-anak (including menantulah tu ya)umi. Moga Antum semua sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang soleh yang diredhoi oleh Allah.

love,
umi

Anonymous said...

Selamat Hari Lahir umi...
semoga Allah selalu mempermudah dalam segala urusan.

kerisisiah said...

Jakallahukhairan kathiro bangah atas ucapan dan doa. Umi doakan Allah permudahkan urusan bangah di sana.
Kami kat sini dah rindu kat bangah.

umi