Monday, February 16, 2009

Allah maha penyayang



assalamualaikum semua,
Pada pukul 5.37 ptg tadi, Dr Fauziah mengesahkan buah pinggang abglong sudah hampir rosak sepenuhnya. Walaupun kita semua berdoa agar ini tidak berlaku, tetapi semuanya terletak kepada kekuasaan Allah. Allah yang memberi kita nikmat, Dia jualah yang menariknya semula.
Walaupun sedih, Abglong redha dengan ujian ini. Abglong bersangka baik dengan rab pencipta kita semua. Abglong berdoa agar ujian ini menjadi pemangkin iman kepada Ilahi.  Mungkin banyak dosa Abglong terhadap-Nya.
Apa yang bermain2 di fikiran Abglong sekarang ialah bagaimana hendak menguruskan kehidupan Abglong sekeluarga selepas ini. Abglong perlukan doa dan sokongan moral dari semua.
Abglong berterima kasih kepada baba, umi, cik kama, anim, mawaddah dan semua yang mengambil berat dengan abglong.
Semua orang ada ujian masing2, bersesuaian dengan kemampuan, Firman Allah, 
...ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya... (Al-Baqarah:284)

Sudi abglong nasihatkan kepada semua, hadapilah sebarang ujian dari Allah itu dengan tabah, bersabar dan bersolat....semoga darjat kita bertambah di akhirat kelak....Apa yang ada di dunia ini adalah sementara sahaja, kehidupan di akhirat itulah yang abadi.....

3 comments:

Bangah said...
This comment has been removed by the author.
kerisisiah said...

Salam,
Alhamdulillah tak sia-sia tarbiyyah yang abg long lalui bermula dari tarbiyyah dari insan terdekat,mak dan ayah dan seterusnya tarbiyyah melalui jamaah.umi sangat bersyukur dan terharu. Moga Allah akan terus tingkatkan iman abg long dan kita semua.amin
Umi sangat setuju dgn apa yg abg long imani.Ini ujian Allah dan macam wadah tulis dlm blog dia, Allah knows best. Abg long adalah insan yang dipilih Allah untuk diuji begini.Kita sama-sama redho dan berdoa untuk rahmah dan kasih sayangNya Yang Maha Agong. Moga kita tetap dalam ubudiah kepadaNya dan meneruskan perjuangan di jalanNya. Kebahgiaan dan kesoronokan yang hakiki adalah di tempat yang kekal abadi. Kita bulatkan tekad dan terus istiqomah.
Umi share the same feelings as waah with regards to abg long. abg long anak yang soleh dan sangat menyantuni umi dan baba.umi bersyukur dapat menantu macam abg long.u are always with us dalam senang dan susah.nnt umi share beberapa insiden dalam blog ni.
Tu dulu,sbb nak prepare utk tok sampai.

love,
umi

Bangah said...

salam,
afwan bangah tak sempat nak jenguk abg long...
insyallah...ketika Allah menguji org-org beriman, tidak lain dan tidak bukan adalah dalam rangka untuk meningkatkan darjat hamba-hambanya yang bersabar dan bertaqwa. dan ketika bersabar, pasti Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Semangat dan mujahadah abg long menjadi inspirasi buat abg ngah dan anim.