Tuesday, November 24, 2009

Nak Jadi Insan Rabbani..Tapi macam mana?

Assalamualaikum wrm wbt,


Sobahul khoir! Semoga saat kita membaca posting ini jarum iman-o-meter kita di paras lebih baik dari semalam...kalau tidak, semoga dengan membaca posting ini, dapatlah membuatkan kita duduk berfikir dan beriman sejenak, muhasabah dan berdoa agar kita digolongkan di dalam golongan yang dipelihara olehNYA. Amin.

Selepas solat subuh tadi, aku terpandang sebuah diari hitam..tiba-tiba terdetik di lubuk hati,



"Eh..macam kenal aje diari ni..."



Ku merangkak dari sejadah menuju ke mini library yang kucipta hasil bantuan anak saudara ku. Apabila kucapai diari hitam itu, rupanya kudapati itu adalah diari usrahku dan teman sejatiku sepanjang pemusafiranku di bumi UK.



Ku berkata lagi pada diri ini,


"Sedihnya..buku ni guna untuk salin aje, lepas tu tutup balik, bila nak guna buka balik...begitulah peraturannya...kenapa tak digunakan detik masa lapang yang Allah beri untuk ulangkaji semula, hadamkan dan amalkan balik ilmu tu?"

Ku terfikir, sepanjang bermusafir aku tidak pernah hairan dengan ketiadaan peti televisyen di tempat kediaman ku. Jangan salah faham pulak..aku tidak mengatakan televisyen itu membawa keburukan sahaja..tidak..sama sekali tidak..sebagai daie banyak pengajaran boleh kita perolehi dari menonton rancangan2 ilmuan, cerita2 tentang kehidupan dan sejarah2. 'Ala kulli hal, bagiku sendiri, jika aku duduk menghadap kotak televisyen itu, aku rasakan seakan-akan aku telah mensia-siakan kekayaan masa yang Allah hadiahkan kepadaku pada waktu itu..teringat pula pada kata-kata naqibahku semasa halaqah Al-ansari,

"Ingat ye adik2, Allah bagi kita 5 perkara sebelum Allah datangkan 5 perkara:

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w., antara lain menyatakan perguna lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati"

Setelah mendengarkan kata2 ini bila mana aku merasakan ada masa lapang, maka akan kuambil peluang itu untuk membaca, mentelaah dan brainstorm sesama ahli usrah. Tujuannya adalah untuk menambah ilmu kerana tanggungjawab yang dipikul memerlukan aku untuk 'constantly learning and updating my knowledge' agar perkataan yang ku lafaz dan tindakanku tidak tersasar dari matlamatku sebagai seorang daie. Allahua'lam.

Apabila dibicarakan pula tentang ilmu, teringat pula kata2 dari Abu Bakr As Siddiq.

"Without knowledge action is useless and knowledge without action is futile"
"Tanpa ilmu amalan adalah sia-sia dan ilmu tanpa amalan tiada gunanya"

Aku bertanya lagi pada diri ini,

"Apa gunanya kalau ilmu tu sekadar coretan sahaja? Ke mana perginya cinta ilmu itu? Macam mana nak jadi insan rabbani kalau tips2 untuk menjadi insan rabbani tu dibiar mereput bersama kertas2 didalam diari tu?"

Aku pun menyelak helaian demi helaian di dalam diari hitam itu. Setiap helaian dan coretan didalamnya semuanya meninggalkan memori yang perlbagai. Tiba-tiba aku terhenti di satu helaian yang bertulis ayat tanya, "Macam mana nak jadi insan rabbani?" Subhanallah, aku tersenyum..mmg ku ingat aku pernah melalui perbincangan ini, tp tak ku perasan yang aku ada mencoretkannya. Aku pun terus membacanya dari satu ayat ke ayat seterusnya...

Macam mana nak jadi insan rabbani?


01. Jadikan semua urusan kita "lillah hi ta'ala - kerana Allah" --> hadirkan Allah di dalam diri kita setiap masa.

02. Sentiasa merasakan kehadiran Allah --> ini adalah puncak amalan kita

03. Perbanyakkan amal soleh dan ketaatan

04. Jadikan " ALLAH ADALAH MATLAMAT KITA"

05. Suburkan iman --> Gunakan setiap waktu untuk menambah iman,

06. Realisasikan ukhuwwah sesama kita --> berlapang dada iaitu puncak ithar.

07. Tingkatkan amalan dan praktikkan nilainya di dalam hidup kita.



Hmmm...barulah ku ingat kembali betapa pentingnya untuk terus menerus membersihkan jiwa dan hati ini kerana sesungguhnya manusia mudah lupa dan alpa. Ku bertekad selepas ini, akan ku gunakan masa selepas solat subuh untuk mengulangkaji semula nota-nota usrahku atau membuat hafazan agar hati ku ini sentiasa dibasahi dengan pengisian ruhhiyyah. Biiznillah.



Wallahua'lam

No comments: