Sunday, November 1, 2009

"Memaknusiakan Manusia"

Salam.
Dua minggu lepas umi hadir Seminar Falsafah Pendidikan Islam di INTIM. Penceramahnnya Dato Siddiq Fadhil. Puas hati dengar penyampaiannya walaupun kita dah faham sebab beliau bukan bercakap teori semata. Dia berkongsi penghayatan dan perjuangannya selama ini. Dalam bidang pendidikan. Kita tahu dia adalah orang yang 'walk his talk'. Bila dengar dia bercakap ,kita rasa tidak keseorangan dalam perjuangan ini. Berjuang untuk mendidik ummah.
Ringkas dan mudah tugasnya boleh disebut "Memaknusiakan Manusia". Kalau bahasa kampungnya mak bapak selalu kata'Ajarlah/didiklah anak saya, macamana caranya pun, asal jadi manusia'. Siapa yang jadi pendidik mesti biasa dengar ucapan ni kan?

"Memaknusiakan manusia".....sekali dengar, pelik bunyinya kan? Tapi itulah sebenarnya tugas pendidik. Tak kiralah guru ke ibu bapa ke atau siapa saja yang faham erti pendidikan Islam. Itulah proses yang nak dilaksanakan dari falsafah pendidikan Islam yang kita pegang.
Bukan senang kan? Kita yang perlu menyediakan diri kita terlebih dahulu. Dari pelbagai sudut.
1 kefahaman
2 amalan
i. untuk diri sendiri sebagai orang yang menghayati dan mendokongnnya.Demi redha
Allah
ii. sebagai qudwah hasanah - penting sebab kesannya lebih melekat di hati.

3. kemahiran untuk memberi faham sehingga boleh dihayati oleh mad'u kita
Macam-macam cara dan kemahiran yang perlu kita guna dan kuasai. kreativiti dan
fleksibiliti mengikut suasana juga penting. Bertindak dengan hikmah juga memberi
memberi kesan berbeza. "HIKMAH ialah barang kepunyaan orang muslim yang hilang.
Siapa yang menjumpainya adalah beruntung"

Jadi kita kena buat dengan kefahaman akan kepentingan dan keperluannya. Then do it with patience and passion. Itulah sebenarnya pendidikan atau tarbiyyah. Untuk melahirkan manusia yang faham fungsi dan peranannya sepertimana yang telah digariskan oleh Islam.

Kalau kita berjaya melakukannya sehingga membentuknya seperti MLM ,inshaallah itulah amal jariah kita, bekal kita , teman kita di kala kita tiada lagi di dunia ini.
Ayuh! kita semua tingkatkan semangat kita untuk terus menjalankan tugas yang mulia ini. Bermula dengan anak-anak di rumah, anak-anak murid/pelajar di sekolah dan siapa saja yang memerlukan khidmat kita. kita ambil tanggung jawab yang mulia ini!

Begitu juga tugas para doktor. Memberi khidmat secara langsung dengan manusia yang memerlukan. Sungguh mulia tugasnya!

Semangat! Semangat! Semangat!

Ikhlaskan diri.....Moga Allah terima 'amal kita semua .amin.

Salam kasih sayang untuk semua pembaca.

No comments: