Sunday, August 9, 2009

Menghargai nikmat kesihatan

Salam,

Kebelakangan ni ramai yang tak sihat. baba pun kurang sihat sejak minggu lepas.bermula dengan batuk dan demam.sekarang demam dah takde tapi badan agak lemah. Hari ni pulak perut pula tak selesa. 2 hari mc minggu lepas. Nak buat kerja pun tak tentu hala. 'Umar pula resdong teruk .pastu rasa panas badan dan mata. Mudah-mudahan semuanya sembuh dengan sempurna. amin

Lepas tu dengar pula berita sahabat-sahabat yang diuji Allah dengan penyakit kanser dan sebagainya. Ya Allah, ringankan kesakitan dan sembuhkanlah sahabat-sahabat kami. Kurniakan kekuatan kepada mereka dan juga ahli keluarga mereka. Kurniakan kami kesihatan yang baik. Hanya Allah tempat kita bergantung dalam setiap perkara. Perhebatkanlah doa kita.

Oleh itu kita gunakanlah peluang yang masih ada pada kita ini untuk menjadi hambaNya yang taat dan sempurnakan tanggungjawab yg ada dan yang diberikan kepada kita. Jika yang masih belajar,maka berilah sepenuh tumpuan dan usaha.(Wadah, ingat ni baik-baik ya). Allah telah menjanjikan dalam al-quran bahawa Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu beberapa darjat.

Ilmu yang kita perolehi hendaklah mampu untuk memacu dan membawa kita kepada tujuan kehidupan kita di muka bumi ini. Yakni sebagai hamba Allah dan sebagai khalifahnya.

Setiap perkara yang kita lakukan hendaklah dimulai dengan muhasabah, samada ianya bermanafaat atau tidak disisi Allah. Setelah itu juga kita melakukan muhasabah sekali lagi. Untuk melihat sejauh mana yang telah kita lakukan dan apa kebaikan yang telah kita perolehi atau manafaatnya kepada orang lain.. Atau pun adakah kita telah tersilap dalam mana-mana langkah kita. Jika ada kesilapan maka kita perbaikilah. dan jika ianya baik maka tingkatkanlah. Muhasahah sebelum dan selepas ini sangat penting dalam hidup kita sebagai seorang muslim.
Apa yang penting ialah kita sentiasa berubah kepada yang lebih baik

Semoga semua dikurniakan kesihatan yang baik terutamanya bangah yang takde berdekatan buat masa ni. Dan banyakkan berdoa untuk setiap urusan.

ummi

No comments: