Sunday, July 26, 2009

cerita-cerita saja

Salam.

Lama dah blog ni tidak di update. jadi umi ambik initiatif update sikit.

Kisah 1:
Hari Jumaat hari tu Umar hantar bangah ke klia. Bangah balik untuk meneruskan perjuangannya. Sunyi juga bangah dah balik. Jazakallah bangah kerana menceriakan hari-hari umi selepas menjalani operation tempoh hari. Sama-samalah kita solat hajat dan mendoakan agar Allah memudahkan segala urusan bangah dan diberi ketabahan. Sesungguhnya apabila kita meminta dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh pada Allah, hajat kita insyaallah akan dimakbulkan. Kuatkan pergantungan dan pengharapan kita pada Allah.

Kisah 2
Kerenah si Bihah. Hari tu Bihah cari bag komputer umi dia. Puas dia cari, tak jumpa. Dia pun tanya, "Nenek, mana bag komputer ummi." Kebetulannya umi rasa ada ternampak beg tu. Umi kata "Bihah cuba cari belakang langsir tepi tangga tu. Bihah pun terus pergi ke situ dan jumpa beg tu. Dia un terus cakap" Pandailah nenek ni" Macam impress sangat umi tahu kat mana setelah dia bertungkus lumus cari. Sampaikan umi pun rasa very glad dapat jumpakan dia beg tu.

Kisah 3
Bihah lagi.... Umi, Wadah dan baba sembang-sembang pasal abang dan emi nak balik. Tiba-tiba Bihah mencelah,"Ayah Dad balik for good kan?" Wah! hebatnya Bihah. Wadah tanya Bihah."Bihah tahu ke apa balik for good tu". Ingin menduga dia faham ke apa yang dia cakap. Rupanya sikecik ni tahu apa yang dia cakap. "Balik dan tak pergi dah lah" jawab Bihah. Power! Power!

Kisah akhir
Kami semua menunggu-nunggu kepulangan abang dan emi. Semua very excited dan tak sabar lagi.Kak anim jelah tak dapat ikut. sebab keje. Itulah pengorbanan seorang doktor. Moga Allah melipatgandakan pahala para doktor muslim.Dan moga Allah permudahkan urusan perjalanan abang dan emi dan selamat kembali ke tanah air. Juga moga Allah murahkan rezeki abang dan emi untuk memulakan hidup baru di Ipoh.
"Selamat kembali abg dan emi" See both of u on Wednesday, Insyaallah.

No comments: