Saturday, September 8, 2007

6th Wedding Anniversary

Salam all..

Bagi yg tak ingat..hehe..Kak Ila n Abg Long hari ni celebrate our 6th wedding anniversary on the same day as our wedding day (sabtu). Alhamdulillah Allah melimpahkan rahmat dan barokahNya pada rumahtangga kami dengan support yg sungguh jitu dari ahli keluarga yg lain. Yang paling penting kami masih thabat (tetap) di atas jalan dakwah warisan anbiya' ini dan semoga akan ditetapkan hati kami seluruh keluarga untuk terusan meniti jalan ini hingga ke ahir hayat.

Seperti yang dijelaskan oleh Fathi Yakan dalam bukunya yang kita semua sudah khatam insyAllah (wadah dah ke?..hmmm), 'Apa ertinya saya menganut Islam', sebagai seorang muslim, kita mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan masyarakat Islam dan menyampaikan Islam kepada masyarakat. Ini merupakan tabiat agama Islam. Oleh itu, sangat kritikal untuk kita membentuk sebuah rumahtangga muslim memandangkan keluarga adalah unit asas kepada masyarakat. Dengan menyampaikan Islam kepada keluarga kita dan seterusnya saudara-mara yang lain sepeti yang telah dilakukan oleh ar-Rasul s.a.w ia akan menjadi mangkin kepada usaha dakwah kita. Di samping itu menghasilkan sistem sokongan yang ampuh dalam memastikan kita terus ke hadapan dalam memenuhi tuntutan syahadah kita.

"Perkahwinan mestilah kerana Allah, yakni dengn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, untuk melahirkan keturunan yang soleh, keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah itu akan berterusan"
- Fathi Yakan

Melaksanakan perkahwinan mengikut apa yang telah ditunjukkan Islam (tujuan, pemilihan jodoh etc.)merupakan asas penting dalam mejamin terlaksananya tarbiyah Islam pada anak-anak.

Coretan ini untuk kak ila dan abg long refresh kembali dan mantapkan lagi asas serta hala tuju perkahwinan kami. Hopefully, dapat juga jadi panduan bagi yg belum dan nak kahwin (abg ke?..umar, wadah dan lain2) serta yg dah kahwin untuk sama2 kita refleks semula...

"hai orang2 yg beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu...." (At-Tahrim:6)

"Ya tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yg bertaqwa.." (Al-Furqaan:74)

No comments: