Thursday, May 8, 2008

Setinggi syukur dan sekalung tahniah

Salam semua,
Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah di atas nikmat yang diberikan kepada kita. Ya... kejayaan dalam mengejar cita-cita adalah satu nikmat yang besar yang dikurniakan Allah kepada kita. Secara khususnya hari ini adalah kejayaan anim dalam bidang yang dipilihnya. Umi mewakili semua mengucapkan tahniah di atas kejayaan anim. Segala penat lelah, stress dan kepayahan selama ini terubat jua dengan kejayaan yang dikurniakan Allah. Begitulah sifat pemurah Allah kepada hambaNya. Setelah kita menjalankan tanggungjawab kita terlebih dahulu, dengan usaha dan doa serta tawakkal, maka Allah memenuhi hajat kita.
Maka selepas ini bagaimana? Ya, kejayaan ini sebenarnya adalah alat untuk kita menjalankan tanggungjawab kita terhadap agama kita dan sesama makhluk Allah..Gunakanlah segala ruang dan peluang yang ada nanti untuk menyebarkan agama Allah kepada sekelian manusia di sekeliling kita. Mulakanlah dengan menjadikan diri kita orang yang memberi manafaat kepada orang lain.
Bukhari dan Muslim menceritakan Nabi Muhammad bersabda"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manafaatnya kepada orang lain"
Sungguh beruntung bagi mereka yang dikurniakan oleh Allah peluang berbakti kepada orang lain. Orang lain adalah ladang amalan kita. Apabila kita memiliki potensi lebih dari orang lain, kita mesti menanamkan niat memberi menafaat sebanyak-banyaknya kpada orang lain. Kelebihan yang ada pada kita hakikatnya adalah amanah yang diberikan oleh Allah dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
So anim and all, kita ada tanggungjawab kita masing-masing! Maka bersegeralah kita menjalankannya.
Last, Anim, tahniah! Semoga kejayaan ini membuka jalan untuk anim memperhebatkan amal di jalan Allah.
Not forgetting to say we are happy and proud of you! Moga Allah memberkati segalanya.

Umi

No comments: