Friday, June 12, 2009

Alhamdulillah. Allahuakbar! Manisnya Ukhuwwah Islamiyah 1

Salam semua,
Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur umi panjatkan ke hadarat Allah S.W.T Yang Maha Agong, Maha Pengasih dan Maha yang telah memberikan setinggi-tinggi nikmat dan pertolongan kepada hambaNya yang serba daif.Dengan pertolongann Allah dan berkat doa semua pembedahan telah berjalan dengan lancar umi dalam proses untuk sembuh. Semoga anakanda semua serta sahabat yang dikasihi tidak jemu untuk terus mendoakan umi. Jazakumullahukhairan kaathiro.

First and foremost umi ingin nukilkan perasaan umi untuk dikongsi dengan anakanda semua agar kita termasuk dalam golongan orang yang pengasih, penyayang dan sentiasa mengambil berat urusan orang lain terutama yang dalam kesusahan dan kesulitan. Carilah apa cara untuk membantu mereka.

Terlalu banyak yang umi ingin nukilkan rasa penghargaan yang tak terhingga kepada sokongan anakanda semua serta sahabat yang dikasihi.

1. Mc Yati. Cuba sedaya upayanya untuk menenangkan dan memudahkan segala urusan umi dari sebelum operation hingga sekarang. she really make herself available for umi. tangguh segala urusannya termasuk untuk bercuti untuk memastikan dapat membantu umi. Bila sahaja diperlukan mc yati akan ada. maklumlah harapkan kak ila sorang kesian kak ila.kak anim pulak walau hatinya melonjak nak membantu tapi kerja tak mengizinkan. tu pun balik ke kerja singgah hospital dan balik malam. semalam bila umi nak balik mc yati dah sedia tunggu di rumah. Bila kak ila keluar uruskan hal ke jab agama, mc yati yang tunggu dan jaga umi macam kakak. layan semua keperluan umi. pakaikan setokin(train bihah),sikat rambut, pakaikan telekung,cepat-cepat ambik air bila umi batuk dan segalanyalah. tengah malam baru balik sebab kak ila buat banyak urusan. baba k.o semalam. Ya Allah mudahkan sahabatku ini dalam semua urusannya dan kurnikannya dengan jannatul firdaus.amin.

2.mh hajar.sentiasa membantu memudahkan urusan umi terutama yang di sekolah supaya umi tak risau. Halim menalipon dari makassar sebelum operation,mendoakan dan memberi kata-kata semangat untuk umi. kak khadijah telepon umi dari australia bertanya sehari selepas operation. terharunya punya anak murid yang menyayangi diri ini. mh hajar masakkan nasi bubur dan ikan haruan dan bawa ke hospital semalam. lap badan umi sebab belum mandi, sikatkan rambut dan bantu umi salin pakaian. Pak cik saad siap ajak mh hajar belikan kain batik untuk umi di labuan. berusaha untuk bagi umi happy. Ya Allah sentiasa berkati sahabatku ini dan kurniakan jannatul firdaus untuknya dan keluarga. amin.


Tu dulu. Penat. nak rehat.

bersambung....

No comments: