Saturday, June 6, 2009

Sedutan dari "Ayah Penyuluh Hidupku"

Salam semua,

Di sini umi masukkan sedikit sedutan dari karya umi yang terbaru "Ayah Penyuluh Hidupku". Jeng je jeeeng......

Keadaan waktu itu tidaklah senang seperti sekarang. Ayah sangat tegas dalam menekankan tentang nilai wang dan kepentingan untuk membelanjakannya untuk sesuatu yang perlu dan bermanafaat sahaja. Pernah satu ketika ayah berkata kepada kami,”Kalau ayah tak bagi duit, boleh tak cari duit sendiri?” Kami semua terdiam. Tiba-tiba seorang adikku yang berumur enam tahun menjawab dengan yakin, ” Boleh!” katanya, ”cari di bawah rumah”, sambung adikku selamba. Jawapan itu disambut dengan gelak ketawa kami. Senangnya cara adik berfikir. Maklumlah masih kecil dan tak faham apa-apa. Namun itu sebenarnya jawapan yang jujur dari adik kerana rumah yang kami diami waktu itu berlantai papan. Ada di setengah tempatnya lantai agak jarang dan duit syiling biasa jatuh ke bawah rumah. Bila kami bermain di bawah rumah, biasalah terjumpa dengan duit syiling. Itulah kisah di sebalik jawapan adik itu.


Boleh teka siapa yang menjawab tu? Banyak lagi kisah-kisah yang mencuit perasaan tapi penuh pengajaran yang boleh didapati dari kisah sebenar ini. TUNGGULAH KELUARANNYA NANTI....... DAN JANGAN TERAGAK-AGAK UNTUK MEMBELINYA!

Iklan sikit! Promosi mesti bagus. hehehe


wassalam
ummi

3 comments:

Abg said...

haa abg tau

jawapannye

le shah ale

ngeh2

kerisisiah said...

sori, salah!

cuba teka siapa yang kena...

mc yatty said...

Alah..Mc Yati tahu...yang paliing berani ke "Spital" setiap hari;

Dr.Kama!
HehHehHeh....