Saturday, May 30, 2009

Doa Kami Bersamamu Wahai Umi...

Assalamualaikum wrm wbt,

Semoga kita semua berada di dalam kemanisan iman dan amal inshaAllah. Dan semoga kita semuanya sihat sejahtera fizikal dan emosi untuk sama2 bangkit memberi semangat dan moral support kepada umi, abang long, 'umar dan juga abang ngah yang sangat memerlukan sokongan dari kita.

Bangun tidur tadi terasa macam nak share sesuatu. Tiba-tiba teringat masa abang chatting dengan kak ila..pesan kak ila, "Bagi la semangat pada umi..." Abang kata "InshaAllah tak de apa tu..umi kan Superwoman! Allah saje je nak uji umi kut lain" Hmmm.. semalam lepas chatting dengan umi, umi minta doakan agar semuanya dimudahkan olehNYA. Terus terfikir untuk menyampaikan berita tentang umi pada ikhwah akhawat di UK & Eire dengan hajat untuk mengajak mereka beramai-ramai mendoakan kesejahteraan umi dan semoga Allah memberikan kekuatan, ketenangan, kesabaran dan kecekalan menghadapi ujian dariNYA.

Sambil menekan butang-butang keyboard, teringat pula apa Ameerah MSM pernah lakarkan di dalam emailnya:

"Berita kebaikan muncul bertalu-talu selepas berturut-turut kita menerima berita kesedihan..Begitulah lumrah kehidupan. 'Ala kulli hal, semuanya adalah 'baik' buat seorang mukmin. Semoga kita akan sentiasa bersabar bila diuji oleh Allah dengan musibah dan sentiasa bersyukur kepadaNYA bila diuji dengan kejayaan..."

Di dalam Al-Quran Allah berpesan:
"Milik Nya lah kerajaan langit dan bumi. Dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan." (Surah alHadid : 5)


Kita pula sebagai mukmin, akan sentiasa berusaha dan berdoa agar Allah mengurniakan keberkatan dan rahmat yang berganda di atas usaha kita dalam mengharungi setiap mehnah dan dugaan yang Allah nukilkan untuk kita. La Tahzan..sesungguhnya Allah tidak pernah melupakan setiap dari hambaNYA.

Allah juga telah berjanji di dalam kalamullah:
"Wahai Manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNYA" (Surah Insyiqaq: 6)


Pagi tadi selepas selesai kerja rumah, sempat jugalah check email..ada banyak juga email balasan yang diterima ekoran dari penyampaian berita tentang umi. Semuanya mendoakan agar Allah memudahkan segalanya..ada beberapa akh dan ukh yang mengenali umi dan family berasa sebak mendengarkan berita ini..ada yang minta disampaikan salam kepada umi dan keluarga. InshaAllah dari balasan-balasan email yang diterima, abang, emi dan semua ikhwah dan akhawat di bumi UK dan Eire mendoakan kesejahteraan umi. Semoga Allah memberi kekuatan dan semangat yang tinggi kepada umi. Kata mereka lagi..."Doa kami sentiasa bersamamu". Ada satu special reply dari anak usrah umi dan semoga reply darinya ini boleh membuatkan umi tersenyum simpul manis dikala membacanya ye...


Walaikumsalam. ..
Kepada Ukhtie Emy, Miqdad dan ikhwah dan akhawat sekalian,
Umi Miqdad adalah bekas Naqibah ana selama beberapa belas tahun sejak seingat ana sejak tahun sekitar 1989an hingga ana hijrah ke Terengganu 2004 dengan ada outstation ke UK dan cuti belajar a few times in between. Seorang penggerak dakwah utama di negeri Perak dan adalah tulang belakang tarbiyyah negeri Perak serta sekolah Al Hidayah di Ipoh yang telah membawa sekolah tersebut sebagai diantara yang terbaik hingga mendapat anugerah Maal Hijrah dan sekolah rujukan United Nation beberapa tahun yang silam.
Moga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada Kak Mah(nama panggilan kami) menghadapi ujian ini. Mari sama-sama kita berdoa moga Allah swt memberi kesembuhan dan yang terbaik untuk kak Mah dan kesabaran kepada keluarga beliau.
wassalamualaikum.
MC_K Noor
Leeds UK


Itu dulu sharing dari bumi Coventry..inshaAllah ada kesempatan kita sharing lagi..because "Sharing is Caring" Hehe...

Uhibbukum fillah,
Emilia

1 comment:

kerisisiah said...

salam
abg n emi,

jzkk atas doa dan semangat yang diberi pada umi. Juga sampaikan salam dan ucapan

jazakumullahukhairan kathiro kepada ikhwah dan akhawat uk & eire yang turut mendoakan untuk umi dan keluarga. Ianya sangat bererti untuk umi. kemanisan berukhuwwah dan berjemaah sangat dirasai. Alhmdulillah. inilh nikmat Islam yang agong.

sampaikan salam khusus buat mc noor. sesungguhnya umi rasa amat kerdil dn tak layak dgn penghargan yang begitu tinggi dari mc noor.Moga Allah meredhoi dan menerima amal yang sedikit ini.

ummi