Just a short one to wish the both of you a happy wedded life. Semoga Allah memberikan sakinah, mawaddah wa rahmah yang tidak putus-putus kepada Kak Anim dan Bangah di dalam melayari bahtera baitul muslim inshaAllah. Semoga kasih sayang dan kebahagiaan yang dibina berkekalan sehingga ke syurgaNYA.
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu, Bertemu untuk mematuhi perintah Mu, Bersatu memikul beban dakwah Mu, Hati-hati ini telah mengikat janji setia..untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..akan jalannya yang sebenar. Penuhkanlah piala hati ini..dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini..dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu. Jika Engkau mentakdirkan mati, Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu, Engkau lah sebaik-baik sandaran..dan sebaik-baik penolong. Ya Allah Perkenankanlah permintaan ini Amin ya rabbal A'alamin..(Doa Rabitah)

Love from afar,
Abang & Emi
Abang & Emi
3 comments:
haha! name mawaddah ade!
gahaha!
anyways, happy annivesary!
hek eleh wadah. tumpang glamer 'mawaddah wa rahmah'...syok sangat sampai eja anniversary pun liao kihkihkih
Jzkk untuk semua....doa kan kami sentiasa istiqamah.
Post a Comment