Tuesday, August 7, 2007

Sunatullah

Agent : 'Umar Abdul Aziz @ The Third
Mission : Intifada I
Vission : Islam as Ustaziatul Alam

Mission briefing :

Firman Allah S.W.T.,
"Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka mereka pun (pd perang Badar) mendapat luka yg serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran), dan agar Allah membedakan org2 yg beriman (dgn org2 kafir) dan agar sebahagian dr kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai org2 yg zalim"
(surah ali imran : ayat 140)

Assalamualaikum..

alhamdulillah,marilah kiter sume merafa'kan setinggi2 kesyukuran kpd Allah S.W.T. yg Maha Besar,Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dulu,kini dan selamanya.Selawat dan salam IKHLAS ke atas junjungan besar kiter,Nabi Muhammad S.A.W. dan ahli keluarga baginda.Tidak dilupakan jg salam kpd para sahabat baginda yg telah memperjuangkan islam sehingga menjadi ustaziatul alam pd beratus tahun dahulu,yg kiter pd hari ini masih lagi di takuk lame dan tidak berganjak! renung2 kan lah.

Melihat pd ayat itu tadi,'umar ingin menukilkan sedikit ttg implikasi ayat ini terhadap diri 'umar.Secare ringkasnye ayat ini menyatakan bahawa sudah menjadi aturan Allah yg menetapkan bahawe ade jatuh bangun dlm kehidupan ni.Camtu lah jgk kisah 'Umar.Kl dahulunyer 'umar amat pakar dlm bidang math dari darjah 1 sampai f3,kemudiannya nikmat ketereran mar tu telah ditarik drpd Allah sehingga lah ke satu mase mar diberikan balik nikmat tersebut oleh Allah.Alhamdulillah,mar dpt gak capai target mar utk math iaitu C+ dr F.Mungkin pencapaian ni tidak seberape,tp ia ckp bmakne bagi mar.Mgkn disinilah teraplikasinya "agar kamu mendapat pelajaran" tu.Dari ayat di atas juge lah mar sedar bahwe mar tlh menzalimi diri mar,lantas menyebabkn diri mar jatuh.Biler kiter belaku zalim,Allah tidak akan meredhai diri kiter dan seterusnyer Allah akan menarik kembali nikmat yg tlh diberikan pd kiter.Bg yg beriman,kiter akan sedar serta belajar darinye,tp bagi org yg kafir,mereka akan menyalahkan tuhan di atas segala musibah yg melanda.Begitu juga yg berlaku dgn umat ni.Kiter telah menzalimi diri kiter dgn mengejar segala rona dunia yg merosakkan akidah islamiyah kiter.Kiter bergaduh sesamer muslim,tidak bersatu walaupun berada dlm jemaah,ape tah lagi mempertahankn saudarer kiter yg dizalimi.Sebab itu la kiter shg kini masih lagi jatuh dan tidak bangkit.Seharusnye ktier belajar dari kesilapan org2 terdahulu dan bangkit,bak kater Alfred kepada Bruce Wayne "why do we fall? Because we have to learn to pick ourselves up"-Batman begins-.Di sini mar nak letak satu lirik yg menjadi azimat buat mar,

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus kupertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
Pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah kau cuba untuk mengerti
Artis : Mestica
Mesejnyer cukup jelas dari lirik ini,sangat direct, dan sebenarnyer itu la pe yg mar rasa dan alami.Harap ayat tadi serta nasyid ini dpt menjadi azimat kiter utk terus berjuang di jalan dakwah yg cabarannyer merupakan raja segala cabaran di dunia ini.Salam sayang mar pd Umi,Baba n da whole family! Sekian,wassalam..Nantikan Intifada II! ~senyum sokmo~

2 comments:

Anonymous said...

Salam,
Mar, thanx for sharing the pearl discvered in your life. Mutiara ini juga berguna untuk orang lain, cuma situasinya mungkin berbeza.
Satu lagi ya umi perasan. Inilah antara kebaikannya paduan antara orang tua dan orang muda.kalau umi yang tulis agak skema. Tapi approach mar dan abg ada kelainan. Siap dgn lirik nasyid yang memang mempunyai kesan mendalam jika hayatinya betul2.Umi rasa ini adalah antara koleksi nasyid yang guna untuk masuk dalam penyampaian kita esp untuk remaja. very nice and meaningful wording!lain kali kalau boleh sertakan sekali nasyidnya lagi bagus. macam wadah cuba buat tapi tak menjadi
Bila mar sertakan ayat Al-quran ia memantapkan lagi apa yg ditulis.Alhamdulillah.
Betul kata mar, we don't need something great baru kita nak appreciate. every single achievement yang membawa kepada penghijrahan yang lebih baik mesti kita hargai dan syukuri.
Last for now, keep writing! umi sentiasa look forward untuk baca.

salam sayang,
ummi

Baba said...

Salam

Alhamdulillah. Allah mengurniakan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Allah telah memilih 'Umar kali ini.

Sentiasalah berada dibawah naungan Allah dengan menjauhi larangan-Nya dan memperbanyak apa yang disuruh-Nya.

Baba, happy kalau Mar happy. Namun ada dua/tiga halangan lagi untuk dilepasi. Gunalah hubungan dengan Allah ini untuk mengatasinya. Kami di sini sentiasa mendoakan agar Mar berjaya mencapai cita-cita dan memberi petunjuk-Nya. Doalah.. kerana Allah menerima doa mereka yang tersempit.

Wassalam.
Baba