Wednesday, January 7, 2009

Walimah Miqdad & Emi

Assalamualaikum,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan buat Allah s.w.t kerana menyatukan adik kami, Miqdad a.k.a abang dengan Ezatul Emilia Hj Muhammad Arif a.k.a Emi pada 1 Januari 2009. Kak Ila as the eldest dan wakil adik-adik yang lain (tak termasuk miqdad hehe..) mengucapkan barakallahulakuma wa baraka'alaikuma wa jam'a bainakuma fikhoir serta ahlan wasahlan kepada adik perempuan baru kami Emi. Kak Ila sangat berbesar hati menerima Emi sebagai adik. Allah maha bijaksana, You are the best match to Miqdad, adik lelaki kami yang sangat baik, sabar dan sangat kami sayangi. Kak Ila yakin kehadiran Emi akan menceriakan lagi keluarga ini dan mengukuhkan lagi iltizam serta semangat kita sekeluarga dalam menjalani kehidupan sebagai keluarga du'at demi mardhatillah, insyAllah. Tiang sokongan dah bertambah, resources juga bertambah, mawaddah wa rahmah semakin melimpah-ruah. Alhamdulillah Ya Allah atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Mu buat keluarga Aziz Omar dan Kerisisiah ini. Harapnya Emi dapat menerima keluarga baru Emi ini seadanya dan sama-sama mencantikkan lagi keluarga ini dengan nasihat-menasihati dan bantu-membantu. Here are some of the pictures during the wedding on 1st January and 3rd January 09 (reception in Ipoh)- Please click on the picture to enlarge it, Nak tengok gambar saiz besar sila klik pada gambar :


"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu.
bertemu untuk mematuhi perintah Mu. Bersatu memikul beban dakwah Mu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu. Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah hati-hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal 'Alamin.."

No comments: