Thursday, January 22, 2009

Farewell Bangah (for now)..

Assalamualaikum,

Hari Rabu lepas pergi hantar Bangah balik ke Makassar tapi setakat LCCT jelah.hehe. Sebelum ke LCCT singgah sebentar ke Cyberjaya, makan tengahari bersama Umar. Kita makan dulu!! Menyantap dekat Al-Jazera. Bukan bilik berita tapi kedai makan tau.Menu semua lain-lain sebab nak rasa-rasa. Semua makan nasi Arab kecuali Kak Ila.hehe.
Humus dan Roti (semua kata lagi sedap dari Saba')Lamb Mendy (kak ila rasa paling best lamb dia)
Lamb Matby Lamb Zyrgobia (tak ingat ni main belasah je haha, umar taula.dia cadangkan)Shish Tawook (nama biasa dia kebab ayam)
Muka Anim n Bangah sebelum detik tragis (gambar tragis tak boleh letak nanti kena saman malu)Muka Umar yang suka sebab orang belanja dia hehe...

Dapat makan, hilang letih buat presentasi pagi tu dengan MOSTI. Buat Bangah, semoga Allah mudahkan urusan belajar bangah dan bila kembali semula ke sini nanti dah bergelar Doktor Muaz. Buat yang lain sama-samalah kita terus menyonsong husnul khatimah (kematian yang baik).
"Untuk mendapat husnul khatimah perlu istiqamah. Bukanlah bertahan dalam perjalanan mendaki gunung menuju ke puncak itu yang paling penting tetapi bertahan untuk terus berada di puncak itu yang utama. Itulah hakikat istiqamah dalam mengimpikan husnul khatimah"

No comments: