Saturday, March 9, 2013

Jalan menuju matlamat

Untuk mencapai matlamat ,kita perlu berjiwa besar.

  Orang yang berjiwa besar ialah mereka yang yang tidak jemu memandang ke hadapan dan mempunyai jiwa yang berkobar-kobar. Pandangan mereka ialah pandangan yang yang diisi dengan perancangan dan strategi untuk mencapai apa yang dihajati. Melihat ke belakang seketika untuk memperbaiki kelemahan yang lampau. Muhasabah diri itu penting....

 Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”
 Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan.

Dengan bermuhasabah juga, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua,kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualiti diri mereka dari masa ke semasa.
Sabda Rasulullah saw :
"Orang muslim itu tidak akan di patuk ular pada lubang yang sama untuk kali kedua"

Jiwa yang berkobar-kobar.
Bagaimana ya? 
Dari buku Mustafa Mashyur - Jalan dakwah
Lantaran al-iman al-amiq bi al-dakwah (iman yang mendalam terhadap dakwah) menjadi dasar yang pertama di dalam mencapai kejayaan. Kita memerlukan jiwa-jiwa yang hidup, yang kuat, yang muda belia, hati-hati yang baharu yang sentiasa berkobar-kobar, rasa cemburu yang sentiasa bemyala-nyala, jiwa-jiwa yang berinisiatif, lincah, segar bugar dan cergas. Kerana Islam menghendaki di dalam hati individu mempunyai sentimen dan perasaan yang mampu membezakan yang benar dan salah. Islam mahu supaya seseorang itu mempunyai kemahuan yang tinggi dan tegas seperti cekap dan tidak mengenal lemah, tidak bertolak ansur membela kebenaran lantas membela dengan segala kekuatan dan ketangkasan. Islam mahu penganutnya mempunyai badan yang sihat sejahtera dan mampu memikul berbagai-bagai tugas dan kewajipan Islam dan sebaik-baiknya, menjadi umat yang baik dan layak membuktikan kemahuan yang baik untuk menolong ke arah kebenaran dan kebaikan.

Di sinilah prinsipnya kerana seluruh kehidupan kita adalah untuk dakwah.Untuk mencapai iman yang mendalam kita perlu ikhlaskan niat kita terlebih dahulu. Kemudian mohonlah kepada Yang Maha Berkuasa. Setelah itu lakukanlah tindakan yang membawa kita dekat kepadaNya.

Demi meraih kejayaan, 
1.kita perlu mempunyai strategi yang tersusun dan berkesan. 
2.Kita perlu mendidik dan mendisplinkan diri kita untuk mempunyai 
i.sikap, 
ii.skil dan 
ii.ilmu yang diperlukan. 
3. Memanfaat dan mengoptimumkan masa kita sepenuhnya 
4. Mujahadah yang tinggi. Untuk ini, carilah biah dan insan-insan yang dapat membantu.Juga, hendaklah sentiasa membayangkan apa yang kita inginkan di hujung jalan. 

Tu dulu. Moga sedikit perkongisian dapat menghidupkan jiwa-jiwa kita dan seterusnya membuahkan amal untuk mencapai redhaNya.


 

No comments: