Saturday, February 26, 2011

Power Of Mother

Salam All.

Petang ni ada sikit kelapangan untuk membaca buku. Ternampak buku THE GREAT POWER OF MOTHER'. Penulisnya ialah penulis buku motivasi ZERO TO HERO. Bila buka buku, rupanya buku ni dihadiah kepada anim oleh mak cik yati sempena kelahiran Aisyah Sakinah.Mak cik Yatty ni sangat generous dalam memberi hadiah/sedeqah. Tadi, jadi supirah lagi. Tolong bawa umi ke sukan di SRAHSI. Then ke kenduri mh Noraliza. Lepas tu mak yati berlepas ke Teluk Intan untuk menziarahi ayah dan bondanya. Moga mak cik yati terus diberi kemudahan untuk berbakti kepada kedua ibubapanya.

Now back to the book. Nak buat sedikit sharing. Just a small part of the book. Bahagian ini menceritakan rahsia kejayaan Haji Hisyam Said, pengusaha Paparons Pizza di Indonesia. Mempunyai 38 cawangan pada tahun 2005.

1 Kerja keras. Tidak ada keberhasilan tanpa kerja keras.

2 Minta du'a restu dan dukungan dari orang tua.Kepada ibubapa yang masih ada, kita minta didoakan agar usaha kita berhasil.

3 Jangan lepas dari Al Quran. Mengaji dan solat, semuanya harus bergandingan. Ibadah wajib dikerjakan plus sunnah untuk menyempurnakan. Tawakkal intinya, serahkan pada Allah.

4 Jangan lupa bersedeqah. Setiap ada rezeki sedeqah, setiap ada rezeki sedeqah. Inshaallah derjat kita naik terus.

Kata Hisyam Said" Figur saya adalah ibu saya. Kalau ada apa-apa saya minta didoakannya. Saat meminta doanya, harus betul-betul ada ijabnya sampai tangannya naik mendoakan kita."

Itu sedikit dari buku tersebut.

Bagi umi adik beradik, itulah yang selalu kami lakukan. Mohon didoakan dan restu oleh bonda tersayang. Moga bonda Fatimah sentiasa diberkati oleh Allah.

Tu dulu dan semoga bermanafaat untuk semua.

No comments: