Salam, 
AbangLong mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada Abang Ngah. Abanglong juga tumpang gembira utk Anim. Syukur kehadrat Illahi kerana Anim diAnugerahkan suami idaman :). Selamat berumahtangga kepada Anim dan Abang Ngah. Semoga perkahwinan antum dapat menyemarakkan lagi usaha-usaha dakwah sebagai bekalan di Akhirat kelak. 
Pesanan dari Abanglong;
- Kehidupan berumahtangga memerlukan banyak kesabaran. 'Mengalah tak bererti kalah'
 - Selalu bersangka baik dan terima kelemahan masing masing. 'Semua kita tidak dilahirkan sempurna, sebaliknya saling melengkapi'
 - Kehidupan berdakwah tidak bererti kita perlu menjadi serius lantas membosankan pasangan. 'Rasulullah S.A.W pun bergurau dan berlari-lari dengan Aisyah R.A'
 
-Abanglong-
15 Jun 2007